berita

[VIDEO] Hanya Pakai ‘Hoodie’ & Nampak Sebahagian Rambut, Netizen Persoal Niat Bernazar Mona Allen

May 12th, 2023 | by Alia
Kini Trending

Baru-baru ini nama pelakon, Mona Allen menjadi bualan warganet apabila dia memuat naik sebuah video yang memaparkan dia tidak bertudung dan hanya menutup sebahagian kepalanya dengan ‘hoodie’.

Artikel Berkaitan: Mona Allen Tak Kisah Berat Badan Naik, Asalkan Cukup Susu Badan Untuk Anak

Artikel Berkaitan: Dituduh Ikut Budaya Barat Buat ‘Gender Reveal’, Mona Allen Bukan Sengaja Suka-Suka

Nampak rambut

Menerusi hantaran yang dimuat naik di TikTok, Mona atau nama sebenarnya Munna Hafiraneza Allen, bersama suami iaitu pelakon terkenal Pekin Ibrahim serta anak sulung mereka difahamkan sedang bercuti di Pulau Langkawi.

Video tersebut memaparkan aktres berusia 37 tahun itu dan keluarganya sedang menaiki kereta kabel dan dipercayai ia merupakan pengalaman pertama buat anak lelakinya itu.

Namun, tindakan Mona memakai ‘sweatshirt’ berwarna merah jambu dan hanya mengenakan ‘hoodie’ untuk menutup rambutnya dilihat seolah-olah tidak bertudung dan telah mengundang pelbagai kritikan warganet.

Nazar Mona

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata ramai warganet yang mempersoalkan pelakon drama Monalisa itu yang sebelum ini bernazar untuk memakai hijab sekiranya dikurniakan cahaya mata.

@monaallen89

#monaallen #fyp #fyp? #fypage #fyp??viral #foryou #foryoupage #foryourpage #masukberanda #masukberandafyp #masukfyp #beranda #berandatiktok #berandafyp #berandafyp?

? original sound – Mona Allen – Mona Allen

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×