Jenama pakaian terkemuka, Elrah Exclusive menolak sebarang dakwaan tidak berasas berkaitan isu menciplak reka bentuk kain samping yang dikatakan hak eksklusif jenama pakaian milik suami pempengaruh, Tyra Kamaruzzaman iaitu Emran Rijal.

Artikel Berkaitan: Rodtang Jitmuangnon Sarung Baju Melayu Jenama ‘Terpalinggg Mendonia 2025’! Budaya Diangkat Di Pentas Sukan Muay Thai Antarabangsa

Artikel Berkaitan: El Azman Didakwa Ciplak ‘Design’ Samping Suami Tyra Kamaruzzaman? – ‘We Need To Talk’

‘Motif keris adalah warisan budaya’

Hal ini kerana, menurut Elrah Exclusive motif keris bukan hak eksklusif individu tetapi merupakan sebahagian daripada warisan budaya Nusantara.

Pihak Elrah turut menyatakan hak cipta pihak terbabit hanya didaftarkan pada tahun ini dan tidak mempunyai bukti rasmi memiliki reka bentuk itu sejak tahun 1890.

Elrah Exclusive menegaskan bahawa dakwaan yang dibuat ke atas koleksi Samping Raya Elrah Exclusive 2025 tidak berasas dan tidak mempunyai asas undang-undang yang kukuh.

Motif keris bukan hak eksklusif mana-mana individu dan pendaftaran hak cipta pada tahun 2025 tidak boleh digunakan sebagai bukti pemilikan sejak tahun 1890.

Tak tiru mana-mana pihak

Mengulas lanjut, Elrah Exclusive menjelaskan motif keris yang digunakan dalam koleksi mereka adalah hasil interpretasi tersendiri.

Ia bukanlah salinan langsung daripada mana-mana karya yang berdaftar.

Selagi motif yang digunakan tidak meniru secara tepat karya yang telah didaftarkan di bawah hak cipta, ia bukan satu pelanggaran.

Dalam pada itu, pihak Elrah turut memaklumkan akan mengambil tindakan undang-undang sekiranya dakwaan tersebut menjejaskan reputasi dan kredibiliti mereka.

Sumber: TikTok