berita

Motosikal Hilang Kawalan & Terbabas, Lelaki Putus Tangan Kiri

November 7th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Semalam kecoh beberapa foto dan video di media sosial memaparkan seorang lelaki warga Bangladesh yang mengalami kecederaan parah akibat kemalangan jalan raya. Paling mengerikan apabila melihat tangan kiri mangsa sudah pun terputus tetapi mangsa kelihatan ‘gagah’ kerana masih berupaya menggunakan telefon bimbit.

Motosikal hilang kawalan, terbabas

Menerusi laporan yang dipetik daripda Kosmo Online, kemalangan ngeri yang membabitkan sebuah motosikal jenis Honda 110KD itu
berlaku di Kilometer 348.8, Lebuh Raya-Utara Selatan. Ketua Polis Daerah Tapah, Superintenden Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, ketika kejadian, Md Jasmin dan Safigul Islam sedang dalam perjalanan dari Slim River menuju ke Ipoh.

Tetapi malangnya, tidak sempat sampai ke destinasi yang ingin dituju, kedua-dua mereka terlibat dalam kemalangan jalan raya. Menurut sumber, motosikal yang ditunggang kedua-dua mangsa secara tiba-tiba telah hilang kawalan dan terlanggar penghadang besi jalan sebelum terbabas.

Motosikal berkenaan kemudiannya melanggar penghadang besi jalan dan mengakibatkan Md. Jasim dan Safigul yang masing-masing penunggang dan pembonceng motosikal cedera parah.

Tangan kiri putus

Berikutan daripada insiden itu, Md Jasmin mengalami kecederaan parah iaitu putus tangan kiri sementara Safigul Islam pula patah kedua-dua belah tangan. Oleh hal yang demikian, kedua-dua mereka yang juga merupakan pekerja di sektor pembinaan itu kemudian dikejarkan ke Hospital Tapah untuk menerima rawatan lanjut.

Sementara itu, majikan mangsa juga telah dimaklumkan berhubung kejadian dan kenderaan terbabit ditahan bagi tujuan pemeriksaan Puspakom. Siasatan lanjut diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: Kosmo Online, Sinar Harian

SKIP THIS AD ×