Baru-baru ini, viral mengenai sebuah video mengenai seorang remaja dikenakan denda RM1,000 kerana menurunkan pelitup muka yang dipakainya di sebuah stesen komuter. Remaja tersebut dipercayai menangis sebaik sahaja dikenakan denda.
Netizen yang menyaksikan video berkenaan mula menyuarakan pembelaan terhadap remaja tersebut dan mereka turut mempersoalkan apa yang dilihat sebagai penguatkuasaan berat sebelah terhadap peraturan pemakaian pelitup muka dengan membangkitkan gambar sejumlah ahli politik yang tidak memakainya di tempat awam.
Bersimpati dengan pelajar tersebut
Xleh.. pic.twitter.com/r6D9I1rEzF
— Ihsan Complicated (@abamihsan) August 8, 2020
Menerusi laporan Malaysiakini, Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng menawarkan diri untuk menolong remaja tersebut. Tambahnya, dia akan membantu remaja tersebut menjelaskan denda berkenaan.
Pihak DAP Kepong bersimpati dengan pelajar yang dikenakan kompaun kerana tidak memakai pelitup muka di stesen komuter. Kepada pelajar tersebut, sila hubungi saya bagi membantu menjelaskan denda RM1000 tersebut. Saya juga berharap agar orang ramai khususnya remaja dapat sama-sama mematuhi SOP (prosedur operasi standard) bagi mencegah penularan Covid-19.
Di samping itu, Lim turut menasihatkan orang ramai agar mematuhi SOP bagi membanteras wabak Covid-19.
Perlu ada belas ihsan
Dalam pada itu, Ahli Parlimen Muar iaitu Syed Saddiq Abdul Rahman memuat naik satu hantaran di Twitter berhubung isu berkenaan. Ujar beliau, dia sangat faham bahawa pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu menjalankan tugas.
Namun, sebagai manusia mereka perlu mempunyai perasaan belas ihsan terhadap manusia lain. Beliau turut mendakwa dan mempersoalkan kenapa golongan VVIP tidak dikenakan tindakan sewaktu mereka bergambar di tempat yang sesak.
Better bagi warning dulu
Rata-rata pengguna media sosial menyatakan sokongan pada remaja tersebut, dengan mempersoalkan penguatkuasaan peraturan peilitup muka yang didakwa tidak sama rata kepada semua orang. Pada 5 Ogos lalu, Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengeluarkan senarai tempat sesak dan majlis di mana orang ramai harus memakai pelitup muka.
Sumber: Malaysiakini & Syed Saddiq