berita

MPH Lancarkan LearninPal, Aplikasi E-Pembelajaran Terbaru. Belajar Kini Lebih Seronok Di Rumah!

December 18th, 2020 | by Aimi Raihana Mudzakir
Kini Trending

Siapa kat sini masih bergelar pelajar, cuba angkat tangan sikit. Haa.. Walaupun dah habis belajar di sekolah, kolej atau universiti sekali pun, korang masih dalam proses pembelajaran tau sebenarnya. Bak kata pepatah, kalau nak menuntut ilmu biarlah sampai ke negeri China.

Korang pernah dengar tentang e-learning? Ia adalah sistem pembelajaran atas talian dengan bantuan sumber elektronik seperti smartphone, tablet, komputer dan sebagainya. Dengan kemajuan pesat dalam teknologi, ramai yang menyokong penggunaan aplikasi e-pembelajaran.

MPH perkenalkan LearninPal, aplikasi e-pembelajaran interaktif sosial terbaru 2020

Kalau nak tahu, MPH telah melancarkan aplikasi e-pembelajaran interaktif sosial terbaru yang dikenali sebagai LearninPal.

Platform ni menawarkan pelbagai penyelesaian pembelajaran dari kandungan video atas permintaan hinggalah e-book dan bilik darjah langsung. Paling unik, LearninPal merupakan aplikasi e-pembelajaran pertama dilancarkan di Malaysia!

Ini antara fungsi menarik LearninPal yang dapat kami terjah. Kami yakin bila tengok fungsi ni, korang akan rasa ia betul-betul berguna untuk pembelajaran di rumah.

  • palReads: Boleh baca lebih 500 buku pada bila-bila masa dan di mana je. Taklah penat bawak buku yang berat ke hulur ke hilir.
  • myMentor: Belajar dengan pakar pengajar di seluruh negara. Boleh belajar dengan mereka melalui strim langsung atau secara peribadi.
  • palRevise: Uji dan latih kefahaman dengan soalan peperiksaan UPSR, PT3 dan SPM yang lalu.
  • palReplay: Dapat tonton video dan tutorial yang menarik.
  • myCalendar: Semak sesi pembelajaran tanpa ketinggalan kelas pada setiap masa.
  • palReality: Pertingkatkan pendidikan dengan pembelajaran bantuan AR.

Apa yang kami boleh katakan, LearninPal sangat mudah dan bagus digunakan sepanjang cuti sekolah ni. Lebih-lebih lagi pelajar la. Boleh la belajar dengan lebih seronok di rumah. Nak lagi best? Bulan Disember ni LearninPal ada benda menarik untuk korang.

Rasai keseronokan belajar di LearninPal eCarnival

Seiring dengan pelancaran rasmi LearninPal, korang juga boleh sertai LearninPal eCarnival bermula 19 hingga 21 Disember 2020. Korang berpeluang untuk mengenali lebih 15 mentor utama, pengajar dan wakil dari pusat pembelajaran seperti Engineering For Kids, iTrainKids dan Eduspace Training.

Siapa je yang ada sewaktu LearninPal eCarnival? Chavez Yong, pengajar IT di iTrainkids akan ajar korang cara membina permainan 2D menggunakan perisian pembuatan permainan Konstruk 3.

Selain tu, siri Kelas Bintang SPM, di mana pendidik yang disahkan seperti Gurdev Singh (Sains), Muhammad Danial Ziqri (Matematik), dan Siva Ramana (Ekonomi) juga ada untuk bantu korang yang akan menduduki SPM tahun depan.

LearninPal eCarnival juga ada aktiviti yang menyeronokkan seperti sesi bercerita Krismas, sesi membuat DIY untuk anak-anak, dan webinar keibubapaan.

Pendek kata, LearninPal bukan setakat untuk pelajar tapi untuk semua! Nak diskaun dan kelas percuma? Baik tempah slot korang di LearninPal sekarang.

Dalam semangat untuk mendorong pembelajaran, penerbit terkemuka bahan pendidikan seperti Ilmu Bakti, Pelangi, Fargoes, dan Karangkraf turut menyediakan kandungannya secara digital melalui LearninPal sepanjang bulan Disember ni. Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan buku rujukan digital yang korang nak ya!

Macam mana nak sertai LearninPal eCarnival? Senang sangat! Korang hanya perlu muat turun aplikasi LearninPal di Apple App StoreGoogle Play atau Huawei App Gallery. Korang juga boleh log masuk ke LearninPal di www.learninpal.com untuk menyertainya.

Pemberian kamus percuma kepada 500 pengguna baru pertama!

LearninPal nak bagi kamus PERCUMA dengan syarat korang kena jadi antara 500 pengguna baru pertama yang mendaftar di laman web mereka, www.learninpal.com. Pemberian ini terbuka untuk semua yang berada di Lembah Klang dan akan berakhir pada 31 Disember 2020. Bestnyaaa!

Buat pengguna yang sedia ada, korang boleh juga menuntut kamus PERCUMA ni tau. Korang hanya perlu like dan share post https://bit.ly/3me4XDu di Facebook Page LearninPal.

Jangan lupa ikuti perkembangan terkini tentang LearninPal eCarnival dan hadiah peraduan di Facebook Page LearninPal dan Instagram @learninpal.

Untuk info lebih lanjut, korang boleh layari www.learninpal.com. Sebarang pertanyaan boleh e-mel mereka di [email protected] atau WhatsApp +6017-735 5947.

Semoga korang seronok belajar dengan LearninPal di musim cuti sekolah ni!

SKIP THIS AD ×