berita

Mualaf Sanggup Jual 2 Biji Rumah & 7 Kereta Mewah Untuk Bantu Mangsa Wabak

May 16th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Seorang mualaf dari Indonesia yang dikenali dengan nama Steven Indra Wibowo dikatakan sanggup menjual hartanya semata-mata untuk menyumbangkan kepada masyarakat yang dijangkiti wabak Covid-19.

Menjual aset

https://www.instagram.com/p/CACsMDMJvef/

Menerusi  perkongsian yang dimuatnaik Steven di laman Instagramnya memberitahu bahawa hasil daripada jualan hartanya termasuk 2 biji rumah, 7 kereta mewah dan 3 motosikal telah disumbangkan kepada pusat rawatan dan kakitangan perubatan bagi membantu dalam menangani wabak maut tersebut.

Beliau juga turut membeli barang keperluan seperti pakaian alat pelindung diri (PPE), sarung tangan, topeng muka dan hand sanitizer. Steven Indra atau lebih dikenali dengan panggilan Koh Steven merupakan pengasas dan ketua Pusat Mualaf Indonesia.

Tindakan mulia Steven

Steven juga telah mengedarkan ribuan bungkusan makanan kepada orang ramai yang memerlukan. Menurut kapsyen yang ditulis, beliau memberitahu bahawa segala harta yang dimiliki hanya pinjaman daripada Allah SWT dan kini dia mengembalikannya ke jalan yang baik dengan berkongsi rezeki dengan orang lain.

Tindakan mulia Steven telah mendapat pelbagai respon baik daripada netizen. Rata-rata daripada mereka memuji serta meluahkan rasa syukur dengan kehadiran seorang insan yang sangat prihtin dan menjaga kebajikan orang yang memerlukan.

Sumber: Steven Indra Widowo

SKIP THIS AD ×