Umum mengetahui, penyanyi, Cat Farish sedang hangat menjalin cinta bersama kakak pelakon, Emma Maembong, iaitu Shikin Maembong.
Terbaharu, pasangan ini sekali lagi menjadi perhatian apabila mereka memuat naik foto berbusana pengantin di akaun Instagram (IG).
Semua ini indah
Semua ini indah bila dikirimkan doa. Semua ini terjadi bila doa ibu dimakbulkan. Semua ini indah bila kita saling ingat mengingati dan percaya. Semua ini indah bila kita ikhlas, jujur, tak sakit hati dan busuk hati. Inshallah kami akan bina hidup baru. Amin. Terima kasih mama, mama, papa, ayoh, anak-anak, keluarga dan sahabat.
Menurut Cat, semua yang dirancang akhirnya termakbul dan mereka bakal bernikah tidak lama lagi. Ujar Cat, dia berterima kasih kepada semua orang yang sentiasa mendoakan kebahagiaannya. Menerusi foto yang dimuat naik, Cat dan Shikin dipercayai merakam foto pre-wedding mereka bersama anak-anak. Lebih mencuri tumpuan, Cat berkata mereka sedang meniti hari.
Di ruangan komen, rata-rata rakan artis dan peminat mengucapkan tahniah buat pasangan tersebut. Mereka berharap hubungan yang bakal dibina tidak lama lagi itu akan berkekalan buat selama-lamanya.
Sekadar info, Cat mendirikan rumah tangga dengan Suriani Hassan, 37, pada November 2020 tetapi bercerai, Januari lalu, tanpa cahaya mata.
Cat juga pernah berkahwin dengan Hartiny Ramli, namun, berpisah pada April 2016. Mereka dikurniakan tiga anak iaitu Nia Karlyssa, 15, Eva Latheefa, 13, dan Qul Iskandar, 12.
Sementara itu, Shikin pula pernah mendirikan rumah tangga dengan Chef Riz yang juga anak kepada Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan pada 5 Disember 2014, tetapi bercerai pada Jun 2016.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Putri Arianna. Shikin kemudian berkahwin buat kali kedua pada Mac 2020, namun, berpisah selepas dua tahun.
Sumber: Cat Farish