Siapa yang tak terpikat tatkala melihat kecantikan semulajadi yang dimiliki oleh gadis kacukan ini? Cantik, bijak, tubuh persis model. Okay. Dia hampir sempurna.
Baru sahaja menamatkan pengajian di Western Michigan University beberapa bulan lalu, kini Juliana Evans bergelar pelajar di New York Film Academy (NYFA) pula.
Artikel Berkaitan: Belum Mahu Balik Malaysia, Juliana Evans Sambung Pengajian Di LA Pula
Menerusi laman Instagramnya, Juliana Evans memuatnaik sekeping foto dirinya mengenakan hijab berwarna merah. Namun, wajahnya dilihat turut diconteng. Eh. Kenapa pula ya?
Muka dah berconteng pun tetap nampak cantik.
Jangan panik ya semua! Sebenarnya Juliana sekadar berkongsi wataknya dalam sebuah projek NYFA sebagai seorang wanita Muslim-Amerika yang memperjuangkan mengenai kebebasan daripada diskriminasi. Macam menarik je storyline filem ni.
Dalam pada itu, ramai peminatnya dilihat bagaikan sudah jatuh hati dengan penampilan berhijab Juliana dan sekaligus mendoakan agar wanita itu akan dibukakan hati untuk mengenakan hijab untuk selamanya. Anda pula macamana? Jatuh hati juga ke dengan keanggunan Juliana berhijab?
Kredit foto: Instagram Juliana Evans