berita

Muat Naik Foto Bersama Wanita Teristimewa Untuk Bantu ‘Women of Will’!

March 11th, 2021 | by Noraniza
Kini Trending

Bersempena dengan sambutan Hari Wanita Sedunia, AIA Malaysia mahu membantu menaiktaraf wanita Malaysia dengan menderma kepada pertubuhan Women of Will Foundation.

Apabila korang muat naik foto bersama wanita teristimewa dan tag AIA Malaysia, mereka akan menderma RM10 untuk setiap posting tau!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AIA Malaysia (@aiamalaysia)

Pertubuhan Women of Will adalah badan bukan kerajaan yang ditubuhkan bertujuan untuk mengubah kehidupan individu kurang bernasib baik di Malaysia dengan melengkapkan diri mereka dengan skil dan pengetahuan untuk memulakan perniagaan.

Women of Will membantu golongan ibu tunggal, wanita yang menjadi mangsa dera ataupun ditinggalkan dan juga wanita yang mempunyai suami kurang upaya dan hidup dalam serba kekurangan.

Melalui program ini, wanita-wanita ini akan belajar untuk mencari sumber kewangan supaya mereka dapat menjaga diri mereka dan keluarga.

Korang boleh bantu mereka dengan 3 langkah mudah di bawah:

  1. Muat naik foto bersama wanita hebat dalam hidup korang dan ceritakan kenapa wanita itu sangat special!
  2. Tag @AIAMalaysia dan hashtag #AIAMalaysia dan #AIAStrongerTogether. Tag juga tiga orang sahabat korang ya.
  3. AIA akan mendermakan RM10 kepada pertubuhan Women of Will dengan setiap posting yang diterima dari 8 Mac sehingga 26 Mac.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang ini.

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×