Sebelum ini, penyanyi Nourul Depp, berkongsi dengan pengikutnya tentang luahan hati sebagai seorang ibu.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Tahu…Apabila Anak Tinggalkan Kita Atas Sebab Tertentu, Ia Menyakitkan’ – Nourul Depp
Artikel Berkaitan: ‘Ayu Baik, Kami Sakit Dia Jaga’ – Nourul Depp Minta Henti Spekulasi Hubungan Dengan Anak Sulung Bermasalah
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Siapa Pun Boleh Nyanyi Lagu Duet Ajai, Jangan Bandingkan’ – Nourul Depp
Terbaru, Nourul dilihat ‘throwback‘ momen bersama anak perempuannya, Ayu Nazirah ketika berada di Sydney, Australia.
Tipu kalau tak rindu
Menerusi sekeping foto yang dimuat naik di Instagram Story, Nourul dan Ayu kelihatan sangat gembira ketika bergambar berlatarbelakangkan Sydney Harbour.
Menurut Nourul, dia berasa rindu apabila melihat memori itu.
Kalau terlihat Sydney Harbour teringat memori ni. Tipulah kalau tak rindu.
Lebih mencuri tumpuan, Nourul turut meletakkan kapsyen ‘The power of letting go’. Ujar pelantun suara ‘Kerana Terluka’ ini, dia boleh melihat kesemua foto itu kembali selepas melalui satu fasa melepaskan segalanya.
Suatu masa nanti anda akan sedar bahawa perancangan Allah sangat baik.
Human gain from pain.
Terdahulu, timbul dakwaan mengenai hubungan Nourul dan anak perempuannya itu berada dalam fasa yang kurang baik.
Nourul atau nama sebenarnya Noorulhuda Abdul Wahab pernah memberitahu bahawa dia telah berusaha sebaik mungkin untuk mengejar seseorang namun hanya menemui kekecewaan.
Bagaimanapun, bekas isteri Ajai ini yakin segala yang berlaku akan ada hikmah dipenghujungnya.
Sumber: Nourul