berita

Muat Naik Gambar Sedondon Anak Beranak Atas Pelamin, Da’i Farhan Dah Rujuk Semula?

May 15th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: Nik Farhan

Pendakwah selebriti Da’i Farhan atau nama sebenarnya Nik Ahmad Farhan Nik Muhamad yang merupakan juara bagi sebuah program mencari pendakwah muda sebelum ini, pernah mendapat perhatian netizen susulan krisis rumah tangganya. Dia sebelum ini, telah menceraikan kedua-dua isterinya iaitu Fatin dan Erin.

Dah rujuk semula?

Terbaru, Farhan menerusi laman Instagram, berkongsi tiga Instastory yang membuatkan rata-rata netizen tertanya-tanya mengenai status dirinya terkini. Menerusi Instastory tersebut, dapat dilihat Farhan bergambar bersama bekas isteri pertamanya, Fatin Nur Ain serta kedua-dua anak mereka.

Apa yang lebih menarik perhatian apabila, keluarga ini mengenakan warna yang sedondon dan dilihat seolah-olah sedang bersanding di atas pelamin. Kapsyen yang digunakan oleh Farhan juga tidak memberikan sebarang hint mengenai status hubungan mereka dan hanya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Jamuan raya 4 beranak.

Bagaimanapun, sehingga kini tiada sebarang respon yang diberikan oleh kedua-dua pihak berkenaan status terkini mereka.

Instastory Da’i Farhan

Sumber: Nik Farhan

SKIP THIS AD ×