Sejak semalam, kecoh di media sosial mengenai tindakan pelakon Norman Hakim yang menegur sikap bekas isteri, aktres Abby Abadi yang terlalu berkongsi mengenai isu anak mereka, Marissa Dania di media sosial.
Artikel Berkaitan: ‘Never Fails’ – Marissa Dania Muat Naik Foto Bersama Ibu Bapa
Artikel Berkaitan: Norman Hakim Jawab Dakwaan Lepas Tangan Isu Marissa Dania, Minta Abby Abadi Henti Buka Pekung Keluarga Di Media Sosial
Buka puasa dengan Marissa
Terbaharu, nama isteri Norman iaitu aktres Memey Suhaiza pula yang menjadi sasaran netizen apabila dia memuat naik hantaran berbentuk video di Instagram miliknya.
Video berkenaan memperlihatkan Memey sedang sibuk menyediakan juadah berbuka puasa untuk keluarga.
Dah dua hari cuti masak sebab buka luar. Back to normal rutin mummy (panggilan Memey). Itu pun ada ulang menu, perasan tak? Sebab saya masak ikut permintaan masing-masing.
Kalau anak nak menu sama setiap hari pun saya buat, janji makan habis. Alhamdulillah.
Bagaimanapun, apa yang mencuri perhatian dalam video tersebut adalah kelibat Marissa yang sedang duduk di meja makan sambil menunggu waktu berbuka.
Memey tak sensitif?
Susulan itu, rata-rata wargamaya yang singgah ke ruangan balas mendakwa dan menyifatkan Memey tidak sensitif mengenai isu yang sedang berlaku antara Norman, Abby dan Marissa.
Malah, netizen meminta aktres itu untuk memahami situasi yang sedang hangat diperkatakan orang ramai.
Sumber: Instagram Memey Suhaiza