berita

Muat Naik Teaser Video Di Facebook, Utusan Malaysia Bakal Kembali?

March 17th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Umum sedia maklum bahawa syarikat Utusan Melayu (M) Berhad pernah mengalami masalah kewangan sehingga terpaksa ditutup. Terbaru, menerusi Facebook Utusan Online, syarikat tersebut seolah memberi bayangan bahawa mereka bakal beroperasi semula. Siap ada teaser video lagi!

Utusan Malaysia

Menerusi video 0:03 saat di Facebook, portal tersebut seolah-olah menunjukkan yang mereka bakal beroperasi semula dan kali ini dibawakan oleh Media Mulia Sdn. Bhd. Menurut laporan Sinar Harian, anak syarikat Utusan Melayu (M) Berhad (Utusan) dan Dilof Sdn Bhd (Dilof) telah dinamakan semula sebagai Media Mulia Sdn Bhd. Penukaran nama tersebut telah dilakukan sebaik sahaja Utusan Melayu menjual saham sebanyak 70 peratus kepentingan Dilof kepada Aurora Mulia Sdn Bhd (Aurora Mulia).

Menurut Pengerusi Eksekutif Utusan Melayu (M) Bhd, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir mendakwa, akhbar keluaran syarikat tersebut iaitu Utusan Malaysia akan diteruskan oleh syarikat baharu itu.

Utusan akan terus hidup. Kami membubarkan syarikat induk tetapi pemilikan lesen percetakan (telah) diperolehi oleh Aurora Mulia dan mereka akan melancarkan penerbitan (baru) dalam masa terdekat.

Tambahnya, firma Aurora Mulia Sdn Bhd itu dikaitkan dengan Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary kerana beliau memperoleh kepentingan pegangan 70 peratus dalam Dilof iaitu syarikat induk yang memegang lesen percetakan Utusan. Walau bagaimanapun, pengambilalihan Syed Mokhtar adalah khusus untuk lesen Utusan Malaysia dan bukannya mengambil alih kumpulan Utusan Melayu secara keseluruhan.

Utusan banyak berjasa kepada negara

Rata-rata netizen meluahkan perasaan teruja kerana Utusan Malaysia bakal kembali semula mewarnai dunia berita negara.

Sumber: Utusan Online & Sinar Harian

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×