berita

Muat Naik Video Munafik 2 Di Media Sosial, Ini Amaran Syamsul

September 19th, 2018 | by Shafika
Kini Trending

Filem Munafik 2 arahan Syamsul Yusof telah berjaya memecah rekod apabila menjadi filem melayu pertama mengumpul kutipan filem sebanyak 40 juta hanya dalam masa 17 hari. Tahniah diucapkan buat beliau.

Namun disebalik kejayaan yang dikecapi, filem munafik juga tidak terlepas dari menjadi mangsa jenayah siber apabila ada sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab memuat naik filem tersebut di media sosial. Ini respon Syamsul mengenai isu berkenaan menerusi instagram miliknya.

Surat lawyer sampai rumah

Menerusi posting yang mendapat 5.7k tanda suka tersebut, beliau memberi amaran kepada mereka yang memuat naik filem tersebut di mana-mana laman sosial.

Hati2 kalau nak upload/share filem MUNAFIK 2 yg masih lagi tayang dipawagam.Takut nanti surat lawyer sampai depan rumah. Bukan susah nak trace IP address org yg upload tu.Siap boleh dapat ic no sekali dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM)
.
Kadang2 lepas bagi amaran, mereka trus block sy tapi mereka tak tahu team sy lagi 20 org boleh tengok FB/YouTube channel mereka.
.
Ada yg masih tak faham apa yg mereka buat ni sebenarnya salah besar disisi undang2 Malaysia.
.

Mohon padam video

Beliau juga memohon agar si pelaku padam video yang telah dimuat naik jika tidak mahu IP address dikunci.

Sila padam video MUNAFIK 2 sebelum IP address anda dikunci. Dengan ini amaran telah diberikan pada anda bertarikh 19 September 2018. Amaran ini akan diguna pakai dimahkamah persekutuan sebagai bukti kukuh jika gagal dipatuhi.

Akan didakwa


Dakwaan bawah akta hak cipta 1987 Denda 20 Ribu atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali.
.
Video yg melebihi 15 saat telah melanggar Copyright Infringement Law. Jika anda berdegil, syarikat kami akan mengambil tindakan kes keatas anda. Harap maklum.

Kasi #share la yer ?
@maya_karin @cahayaasmawi@fizzfairuzofficial @fauzinawawi_new@nasirbilankhan171960 #munafik2

Sumber: Syamsul Yusof

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×