berita

Muat Naik Video Perlekeh Hospital Putrajaya Kendali Covid-19, Azwan Ali Didenda RM17 Ribu

March 27th, 2020 | by faris
Kini Trending

Gara-gara kelantangan tindakan sendiri, selebriti Azwan Ali atau dikenali sebagai Diva AA menerima akibat. Video bekas pengacara itu memperlekeh kakitangan Hospital Putrajaya berkenaan layanan rawatan Covid-19 dilaporkan oleh pihak hospital dan dia dihadapkan ke muka pengadilan.

Boleh dipenjara 6 bulan

Berita Harian melaporkan Azwan dijatuhkan hukuman RM17 000 denda oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur selepas mengaku bersalah membuat penghantaran video yang menyakitkan hati orang lain berhubung Covid-19.

Hakim Azura Alwi memerintahkan selebriti itu untuk menjalani hukuman penjara selama 6 bulan jika gagal membayar denda berkenaan.

Niat menyakitkan hati

Azwan didakwa menggunakan saluran Youtube “DIVAAATERSOHOR” secara sedar membuat penghantaran dengan niat menyakitkan hati orang lain di Pejabat Timbalan Pengarah Hospital Putrajaya, pada 24 Mac lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Atas kesalahan itu boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama, memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya.

Sudah minta maaf

https://www.youtube.com/watch?v=kxw8pAuJwyE

Sebelum dihadapkan ke mahkamah, Azwan sempat membuat video memohon maaf atas keterlanjurannya membuat video sebelum itu. Video tersebut dimuat naik di saluran Youtubenya pada 25 Mac lalu dan mendapat lebih 25 ribu tontonan setakat ini.

Sumber: Berita Harian

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×