berita

Muat Naik Video Sumbang, Pelakon Terkenal Didakwa Hari Ini

October 4th, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Seorang pelakon lelaki terkenal tanah air dijangka bakal didakwa hari ini di Mahkamah Sesyen Sepang, Selangor susulan tindakannya memuat naik satu klip video yang dikatakan mengandungi elemen sumbang di media sosial baru-baru ini.

Didakwa hari ini

Sekadar gambar hiasan

Menerusi kenyataan Jabatan Komunikasi Korporat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), pendakwaan terhadap pelakon dan juga model berusia 36 tahun itu akan dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 atas kesalahan membuat dan memulakan penghantaran komunikasi iaitu klip video bersifat sumbang. Jika sabit kesalahan, pelakon berkenaan bakal berdepan hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya sekali.

Terdahulu, pelakon terbabit menerima kecaman ramai selepas tindakannya memuat naik satu kandungan di media sosial yang berunsurkan elemen sumbang. Rata-rata warganet tidak bersetuju dengan tindakan tersebut malah mereka berpendapat klip video itu tidak sesuai dipertonton ramai terutamanya dalam kalangan rakyat Malaysia.

Sumber: Kosmo, Berita Harian

SKIP THIS AD ×