Pada malam Isnin, industri hiburan dikejutkan dengan berita perceraian penyanyi, Datuk Nora Ariffin dengan suaminya, Dr Rushdi Ramli.
Artikel Berkaitan: Nora Ariffin Sah Bernikah Dengan Kawan Baik Arwah Suami
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Nora Ariffin Diceraikan Suami Menerusi Rakaman Video
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kalau Johan Masih Ada, Bukan Ini Yang Dia Nak Saya Buat’ – Nora Ariffin Pernah Lalui Fasa Sukar Dalam Hidup
We love you
Susulan daripada berita tersebut, rata-rata rakan artis dan peminat membanjiri ruangan komen Nora. Mereka dilihat memberi kata-kata semangat buat pelantun suara ‘Di Persimpangan Dilema’ itu.
Menerusi pemerhatian pihak OhBulan!, Nora turut memuat naik video kenangannya bersama arwah suami Johan Nawawi. Video tersebut menunjukkan Nora sedang menyanyi lagunya sendiri iaitu ‘Impian’ bersama Johan.
Lebih mencuri tumpuan, kapsyen Nora pada posting tersebut ialah ‘my therapy, my self motivation’.
Video
View this post on Instagram
Terdahulu, penyanyi berusia 51 tahun itu membuka mulut dan tampil menjelaskan mengenai berita perceraiannya.
Menurut Nora, Rushdi tidak bersalah di dalam urusan perpisahan mereka kerana dakwanya hanya mengikut arahan namun tidak didedahkan identiti.
Ustaz (suami) tidak bersalah. Dia hanya mengikut arahan yang diberikan padanya.
laitu melepaskan saya tanpa sebarang sebab dan juga merakamkan video sebagai bukti.
Nora telah diceraikan talak satu oleh Rushdi menerusi rakaman video yang telah dimuat naik di Instagram.
Sumber: Nora