berita

Muatnaik Foto Di Pulau, Badan Sasa Remy Ishak Jadi Bualan Wanita Di Instagram

March 21st, 2014 | by Noraniza
Lensa Insta

remy ishak

Buat mereka yang mengikuti drama Jiwa sudah pasti sedia maklum bahawa Remy Ishak merupakan salah seorang watak utama dalam kisah pertarungan antara adik beradik itu.

Tidak perlu dipertikaikan lagi bakatnya, watak Remy sebagai seorang fighter tegar nampak ‘hidup’ dengan kombinasi badannya yang sasa itu.

Malah, baru-baru ini sekeping foto tidak berbaju yang dimuatnaik menerusi laman Instagramnya telah membuatkan ramai wanita terkesima dengan tubuh seksi milik pelakon kacak itu.

Remy Ishak

Foto yang dimuatnaik oleh Remy Ishak

Lucunya, foto tersebut telah menjadi bualan hangat di kalangan wanita terutama peminatnya yang mengakui bahawa jejaka itu memiliki ciri-ciri lelaki idaman mereka.

Foto tersebut dipercayai dirakamkan ketika sesi penggambaran dengan sebuah produksi di sebuah pulau dalam Malaysia. Mengambil kesempatan yang ada, Remy dilihat menggunakan peluang tersebut untuk mencuba pelbagai aktiviti di pulau tersebut.

Sambil bekerja boleh juga Remy merehatkan mindanya dengan menikmati keindahan ciptaan alam semulajadi kan? Mari kita lihat beberapa video dan foto yang OHBULAN! sediakan khas untuk anda!

Kredit foto : Instagram Remy Ishak

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×