Al-Quran adalah kitab suci yang telah diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW sebagai salah satu mukjizat Baginda. Turunnya Al-Quran adalah sebagai petunjuk buat umat manusia sehingga ke hari kiamat. Pada era globalisasi ini, semuanya serba canggih. Apa sahaja yang diperlukan untuk memudahkan segala urusan harian atau pekerjaan boleh didapati pada hari ini.
Bukan sahaja peralatan yang melibatkan perkakasan rumah dan pejabat sahaja yang mengalami perubahan digitalisasi. Namun, hampir keseluruhan hidup kita dipengaruhi oleh arus pemodenan tersebut. Dengan adanya Al-Quran Digital, umat Islam boleh membaca Al-Quran pada waktu lapang tidak mengira masa dan tempat.
Baca Al-Quran setiap hari
Amalan membaca Al-Quran setiap hari merupakan amalan yang sangat baik. Terdapat banyak kelebihan dan kemuliaan sekiranya membaca Al-Quran. Antaranya, pembaca akan mendapat ketenangan hati. Seterusnya, Al-Quran akan menjadi pembela di akhirat kepada mereka yang membacanya di dunia ini. Allah SWT juga mengangkat tinggi kedudukan orang yang membaca Al-Quran dengan cara istiqamah atau berterusan.
Sebaik-baik manusia adalah orang yang mempelajari Al-Quran dan yang mengajar orang lain membaca Al-Quran. Daripada Uthman bin Affan r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda:
Sebaik manusia di antara kamu adalah orang yang mempelajari Al-Quran dan mengajarnya kepada orang
lain.
Kini, urusan beribadah umat Islam semakin senang dengan wujudnya pelbagai aplikasi menarik yang menyediakan pelbagai kemudahan kepada pengguna. Antara aplikasi yang paling digemari oleh pengguna terutamanya umat Islam ialah aplikasi Waktu Solat Malaysia.
Selain dapat menyemak waktu solat di sesuatu kawasan, aplikasi Waktu Solat Malaysia juga mempunyai fungsi Al-Quran digital yang membolehkan umat Islam membaca Al-Quran tak kira di mana sahaja berada tanpa ragu.
Jadi, apa tunggu lagi! Marilah kita sama-sama menjadikan Al-Quran sebagai pedoman hidup sehingga ke akhir hayat. InsyaAllah, dengan cara itu kita sentiasa berada di dalam perlindungan Allah SWT. Jangan lepaskan peluang untuk muat turun aplikasi Waktu Solat Malaysia secara percuma supaya kita dapat menjadikan Al-Quran sebagai ‘bestfriend’ dalam hidup. Korang boleh muat turun aplikasi Waktu Solat Malaysia di Google Play, Huawei AppGallery dan App Store hari ini.