Sebut sahaja nasi arab pasti ramai sudah terbayang aroma rempah ratusnya yang sangat menyelerakan. Untuk pengetahuan semua, hidangan nasi arab ini sangat mudah disediakan kerana ianya hanya menggunakan bahan-bahan yang murah dan senang untuk didapati.
Jom kita cuba resepi nasi arab yang dikongsikan oleh Norashikin Ismail. Memang dijamin puas hati!
Bahan rebusan ayam, sup dan nasi
Sekadar gambar hiasan
– 1 ekor ayam potong 4
– 1 biji tomato belah 4*
-1 bji bawang besar belah 4@6*
– 1 sk jintan manis (biji)*
– 1 sk ketumbar (biji)*
– 2 sk lada hitam*
– 3 biji buah pelaga*
– 2 kiub ayam
– 1/2 sk serbuk kunyit
– 1 sk rempah kurma (saya guna 2sb)
– Akar ketumbar
– Garam
(Bahan² bertanda untuk rebusan ayam tak payah blend ye, masuk je macam tu. Nak kuah lebih tambah sedikit bahan-bahan)
Bahan untuk nasi
Sekadar gambar hiasan
– Tumis bawang besar setengah bji mayang*
– Halia seinci dan 3 sekawan*
– 2sb mentega *
– Air rebusan ayam
– 1 cawan beras 1 1/2 cwn air ( Basmathi )
– Garam
– Tumis semua bahan (*) diatas masukkan dalam beras yang siap dicuci tambah air rebusan ayam dan daun ketumbar. Ambil ayam yang direbus masukkan sekali dalam nasi.
Sambal arab
– Cili api dan cili merah
– Tomato
– Bawang putih
– Daun ketumbar
– Garam & Gula
– (Blend + jus lemon)
Salatoh
– Timun dadu
– Tomato dadu
– Bawang besar dadu
– Garam & Gula
(Satukan semua perah lemon )
Versi ayam bakar
Sekadar gambar hiasan
– Serbuk kari
– Serbuk cili
– Sos tiram
– Garam
– Brown sugar / madu (saya guna madu)
– Minyak masak (2 sdb)
– Perap ayam seketika dan bakar dalam oven dengan suhu 150°c selama 20-30 mnit
Dah siap!
Sumber: Norashikin Ismail