berita

Mudah Hafal Al-Quran Dengan Aplikasi Waktu Solat Malaysia

October 13th, 2022 | by Wani
Shout Out!

Menghafal Al-Quran merupakan salah satu amalan yang amat disukai Allah kerana ianya merupakan senjata paling efektif buat umat Islam. Pelbagai kebaikan dan kelebihan yang dijanjikan oleh Allah SWT jika seseorang itu menghafal Al-Quran.

Menghafal Al-Quran juga merupakan salah satu cara untuk mendapatkan keredhaan-Nya serta mengharapkan pahala/bekalan buat di akhirat. Berikutan itu, proses penghafalan Al-Quran bukanlah mudah untuk dilaksanakan namun, ini tidak menjadi penghalang untuk kita melakukannya.

Aplikasi yang mudah bantu hafal Al-Quran

Selain daripada itu, amalan membaca dan menghafal Al-Quran dapat membantu seseorang menjalani hidupnya dengan lebih tenang. Allah SWT menjanjikan pelbagai nikmat untuk seseorang yang menghafal Al-Quran, dunia dan akhirat. Memikirkan kembali tujuan utama Al-Quran diturunkan adalah sebagai petunjuk atau pedoman hidup untuk umat Islam. Susulan daripada itu, kita sewajarnya menjadikan Al-Quran sebagai bahan bacaan harian.

Seperti mana yang kita tahu, di era globalisasi ini, segalanya sudah berubah. Aplikasi digital banyak membantu manusia memudahkan segala urusan harian dan hampir keseluruhan hidup ini dipenuhi oleh arus pemodenan. Ini termasuklah dengan Al-Quran Digital yang memberi kemudahan untuk para Muslim walau berada di mana sahaja. Kemudahan ini sesuai digunakan umum, sama ada sudah lancar membaca Al-Quran mahupun yang baru hendak mula membaca. Seiring kemajuan teknologi, kini kita dapat membaca dan menghafal Al-Quran bila-bila masa sahaja kerana segalanya berada di hujung jari.

Antara aplikasi yang banyak memberi manfaat kepada orang Islam di Malaysia ialah aplikasi Waktu Solat Malaysia. Bukan sahaja menjadi aplikasi rujukan waktu solat di semua negeri di Malaysia, aplikasi hebat ini juga memberikan cara yang paling mudah untuk menghafal Al-Quran kerana ianya disokong dengan terjemahan pada setiap ayat. Ini membantu untuk para pengguna menghafal Al-Quran dengan lebih mudah dan boleh dibaca bersama seisi keluarga.

Jangan lepaskan peluang untuk muat turun Aplikasi Waktu Solat Malaysia secara percuma dan jadikan Al-Quran sebagai rutin menghafal dengan lebih mudah dan seronok.

SKIP THIS AD ×