berita

Mudah & Jimat, Ini Cara Buat Laksa Beras Homemade

June 19th, 2020 | by Amirul Asraf
MyResipi

Buat peminat laksa, korang pasti tahu laksa beras mempunyai tekstur yang berbeza jika dibandingkan dengan laksa kering. Di Facebook, Natasya Addawiyah berkongsi resepi laksa beras homemade yang mudah, bersih, halal dan jimat.

Bahan-bahan yang diperlukan

  • 5 cawan air di didihkan. Air panas kena betul2 panas.
  • ½ kilo tepung beras cap teratai.
  • 3 sudu besaq tepung ubi (menggunung).

Cara penyediaan

  • Ayak kesemua tepung. (rujuk dlm gambar)
  • Bila air dah jerang, tuang sedikit dulu. Agak-agak secawan dulu. Hati-hati masa tuang air panas.
  • Masukkan 5 sudu besar minyak masak ke dalam adunan tepung (rujuk dlm gambar)
  • Tepung masih panas gaul dgn senduk dulu. Da suam boleh uli dengan tangan.
  • Kalau masih bertepung lagi tuang air panas sikit-sikit.
  • Uli sebati sampai tak melekat di tangan.
  • Masukkan dalam kebok @ acuan. Terus pulas atas periuk kukus (rujuk dlm gambar).
  • Kukus selama 15-20 minit.
  • Mee laksa dah masak angkat periuk kukus tuang mee laksa ke dalam besen yang telah isi air. Biarkan sekejap 10 minit ke dlm air.
  • Angkat dan tapis.
  • Siap di hidangkan dgn kuah laksa & sayur mayur.

Selamat mencuba!

Sumber: Natasya Addawiyah

The following two tabs change content below.