berita

Mudah & Sedap, Resepi Kacang Goreng Ini Pasti Buat Anda Ketagih!

April 1st, 2019 | by Amirul Asraf
MyResipi

Tahukah anda, kacang mengandungi protein, mineral dan vitamin yang baik untuk tubuh badan manusia. Ianya  juga disukai ramai selain kuaci tidak kira kanak-kanak mahupun dewasa. Rasanya juga boleh membuatkan setiap orang yang makan akan terasa ketagih.

Kali ini, kami nak kongsikan resepi kacang goreng yang mudah dan sedap. Confirm korang akan ralit kalau kunyah kacang ni!

Bahan-bahan yang diperlukan

  • Kacang tanah besar
  • Bawang putih (dihiris)
  • Halia (dihiris)
  • Serbuk nasi goreng
  • Air secukupnya
  • Garam dan serbuk secukup rasa

Cara-cara menyediakan

1. Masukkan air dan garam secukup rasa ke dalam periuk. Masak sehingga mendidih.

2. Setelah mendidih, masukkan kacang tanah, bawang putih dan halia. Biar sampai sejuk.

3. Toskan air dan goreng hingga garing termasuk sekali dengan bawang putih dan halia tadi. Kuantiti minyak seperti anda menggoreng kerepek.

4. Angkat dan toskan kacang goreng tadi. Tabur serbuk rencah nasi goreng secukupnya. Gaul sehingga rata.

5. Sedia untuk dinikmati.

Dah siap

Selamat mencuba!

Sumber: Rasa

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Content Champion at Rev Asia Berhad
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×