berita

Mudahnya Urusan Perbelanjaan Dengan Adanya CIMB Flexi/-i Payment Plan! Komitmen Pun Jadi Lebih Terurus!

January 16th, 2023 | by Intan Mahsuri
Kini Trending

Korang pengguna setia kad kredit CIMB? Pernah dengar mengenai CIMB Flexi Payment Plan/-i atau Pelan Bayaran Flexi/-i?

Ruginya kalau korang tidak tahu mengenai Pelan Bayaran Flexi/-i CIMB, sebab melalui pelan ini CIMB tawarkan pelan bayaran balik secara ansuran sehingga 24 bulan bagi pemegang Kad Kredit CIMB.

Hendak tahu lebih lanjut mengenai pelan kewangan ini? Pastikan korang scroll sampai bawah sebab semua maklumat berkaitan Pelan Bayaran Flexi/-i CIMB ada di sini.

Urusan bayaran lebih mudah dengan kad kredit CIMB

Kredit: Info Santai

Seperti yang korang sedia maklum, CIMB sering membuat pengguna kad kredit mereka merasa dihargai dengan pelbagai promosi yang menarik dari semasa ke semasa.

Kini, dengan adanya Pelan Bayaran Flexi/-i CIMB semua urusan bayaran menjadi lebih mudah kerana korang boleh selesaikan bayaran kredit kad korang secara ansuran dengan kadar faedah/caj kemudahan perlu dibayar terpakai yang disediakan.

Jadi, korang dah tidak perlu pening-pening kepala hendak membayar semua perbelanjaan secara sekaligus. Tambahan pula, korang boleh pilih nak buat bayaran ansuran selama 6, 12 atau 24 bulan. Tak ke best tu? Menarik bukan?

Berbelanja RM 500 dan keatas dalam 1 resit!

CIMB memberikan tawaran ini bagi memudahkan urusan perbelanjaan korang terutamanya untuk korang yang menggunakan kad kredit bagi tujuan seperti membeli-belah, membayar bil hospital atau membuat bayaran yuran pendidikan anak-anak dan pelbagai lagi.

Pelan ini membolehkan perbelanjaan korang yang bernilai RM500 keatas dalam satu transaksi kad kredit CIMB ditukar kepada bayaran secara ansuran.

Ini memberikan korang peluang merancang proses bayaran komitmen dengan lebih baik mengikut kemampuan kewangan tanpa rasa tertekan. Jadi, gunakanlah kesempatan sebaiknya dengan menjadi pengguna yang bijak.

Nikmati Pelan Bayaran Flexi/-i dengan 3 langkah mudah!

CIMB telah menetapkan beberapa syarat untuk melayakkan korang menikmati Pelan Bayaran Flexi/-i CIMB. Berikut adalah langkah-langkah yang perlu korang ikut.

Langkah 1- Belanja RM500 dan keatas dalam satu transaksi runcit.

Langkah 2- Tunggu SMS daripada CIMB  (tawaran daripada pihak bank) untuk menukar transaksi menjadi Pelan Bayaran Flexi/-i CIMB

Langkah 3-  Balas sms tersebut sebagai tanda korang bersetuju menyertai Pelan Bayaran Flexi/-i CIMB

Mudahnya nak merancang perbelanjaan bulanan dengan adanya Plean Bayaran Flexi/-i CIMB. Apa yang penting, korang perlu ada kad kredit CIMB kerana tawaran ini ialah tawaran eksklusif yang CIMB berikan kepada pemegang kad kredit mereka.

Untuk keterangan lanjut berkaitan Pelan Bayaran Flexi/-i CIMB, korang boleh klik SINI

**Tertakluk pada Terma dan Syarat.

SKIP THIS AD ×