berita

Mufti Pulau Pinang Nak Dengar Wanita Didakwa Hina Islam Baca 15 Juzuk Al-Quran, Sokong Jika Masuk Tilawah

July 22nd, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Mufti Pulau Pinang, Wan Salim Wan Mohd Noor akan memberi sokongan kepada Siti Nuramira Abdullah, sebagai peserta tilawah al-Quran di mana-mana peringkat yang sesuai sekiranya hafalan Nuramira bagus.

Artikel berkaitan: JAWI Tahan Wanita Hina Islam Sejurus Dibebaskan Dengan Jaminan Di Mahkamah

Artikel berkaitan: Ramai Yang Beri Sumbangan, Peguam Wanita Hina Islam Yakin Dapat RM20k

Semoga berubah

Menerusi laporan Free Malaysia Today, Wan Salim menyerahkan segalanya kepada Siti Nuramira sekiranya mahu bertemu dengannya bagi memperdengarkan bacaan tersebut ataupun tidak.

Cuma saya harap dia tidak lagi mengulangi perbuatannya menghina agama Islam seperti yang dilakukan sebelum ini. Semoga dia berubah menjadi penganut Islam yang baik dan taat kepada hukum-hukum agamanya.

Terdahulu, Wan Salim menjemput Siti Nuramira untuk datang ke pejabatnya bagi mendengar sendiri bacaan 15 juzuk al-Quran. Beberapa hari lepas, Mahkamah Tinggi Syariah tidak mendakwa serta membebaskan Siti Nuramira dengan jaminan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi). Proses pendakwaan terhadapnya tidak diteruskan kerana melibatkan tuduhan yang sama di mahkamah sivil. Bukan itu sahaja, hukuman yang dikenakan juga lebih berat berbanding mahkamah syariah.

Sumber: Free Malaysia Today

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×