berita

JAWI Tahan Wanita Hina Islam Sejurus Dibebaskan Dengan Jaminan Di Mahkamah

July 19th, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Semalam, wanita didakwa menghina Islam dan teman lelakinya, V Alexander Navin, telah membayar wang jaminan masing-masing berjumlah RM20,000. Wang jaminan itu adalah hasil kutipan sumbangan orang ramai, yang dimasukkan ke dalam akaun kumpulan hak asasi manusia, Lawyers For Liberty (LFL).

Artikel berkaitan: Ramai Yang Beri Sumbangan, Peguam Wanita Hina Islam Yakin Dapat RM20k

Artikel berkaitan: Pelawak Wanita Hina Islam Mengaku Tidak Bersalah

Artikel berkaitan : Jawi Siasat Video Wanita Buka Baju Separuh Bogel Yang Hina Islam

Terbaru, wanita tersebut telah ditahan oleh pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) sejurus selepas dibebaskan dengan jaminan di mahkamah Kuala Lumpur.

Ditahan pihak JAWI

Menurut wartawan, Mohd Redzuan Abdul Manap, Siti Nuramira Abdullah ditahan pihak JAWI pagi ini. Wanita itu akan didakwa di Mahkamah Tinggi Syariah esok.

Terdahulu, peguam bela Nuramira iaitu R Sivaraj memberitahu bahawa pihaknya yakin dapat mengumpul wang jaminan RM20 ribu seperti yang diperlukan. Ini kerana, ramai pihak yang sudi memberi sumbangan bahkan ada yang menawarkan untuk membayar yuran guaman. Ujar Sivaraj lagi, pihaknya telah menghubungi penderma dari seluruh dunia yang berminat untuk membuat sumbangan terhadap perjuangan Siti Nuramira di sisi undang-undang.

Siti Nuramira sebelum ini mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana menimbulkan rasa tidak harmoni dalam kalangan masyarakat Islam ketika melakukan persembahan di Kelab Komedi Crackhouse di Taman Tun Dr Ismail pada 4 Jun lalu.

Sumber: Mohd Redzuan Abdul Manap

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×