Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, pelbagai kisah yang menyayat hati dapat kita lihat terutama nasib yang menimpa keluarga yang kurang berkemampuan dan golongan warga emas yang terpaksa berdikari sendiri.
Menerusi Facebook Penang Kini, seorang lelaki berkongsi kisah di mana seorang warga emas berkerusi roda memerlukan pertolongan untuk pulang ke rumah. Lebih menyedihkan, warga emas tersebut baru keluar dari hospital.
Baru keluar dari wad
Sedih apabila melihat pak cik ini seorang diri berkerusi roda tanpa ditemani oleh sesiapa. Pak cik ni dari hospital Seberang Jaya katanya baru discharge dari wad. Ada orang tolong hantar depan bus stop Sekolah Kebangsaan Permatamg Tok Kandu, Permatang Pauh depan Shell. Lalu saya berhentikan kenderaan untuk menanyakan hala tujunya. Dia berkata ingin pulang ke rumahnya.
Niat di hati maukan saja saya tumpangkan dia akan tetapi memandangkan Perintah Kawalan Pergerakan sekarang ni, saya membuat keputusan untuk menghubungi pihak polis. Hanya mereka sahaja yang boleh tumpangkan pak cik ni.
Pada mulanya hanya peronda urb dari Seberang Jaya yang tiba ke lokasi. Kemudiannya, baru kereta peronda tiba ke lokasi untuk menghantarnya pulang. Mulianya kerja abang-abang polis ni. Lupa pulak nak habaq yang abang-abang polis ni dari Balai Polis Seberang Jaya.
Menurut seorang lelaki, dia memberitahu bahawa pak cik tersebut baru sahaja keluar dari hospital dan ada individu telah menghantarnya sehingga di tepi jalan tersebut. Tambahnya, dia turut menanyakan hala tuju pak cik tersebut dan mengambil keputusan untuk menghubungi pihak polis bagi mendapatkan bantuan memandangkan sekarang musim Perintah Kawalan Pergerakan.
Terpancar nilai silaturahim
Sumber: Penang Kini