berita

Muka Kena ‘Tekap’ Dekat Kek, Wanita Tuntut Cerai Selepas Sehari Kahwin

January 21st, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: Wedding

Tindakan seorang suami di Amerika Syarikat (AS) yang bertindak menekap kek ke muka isterinya mengundang ‘padah’ apabila wanita berkenaan dikatakan mahu bercerai sehari selepas majlis perkahwinan mereka berlangsung. Wanita ini dipercayai berang dengan tindakan suaminya ketika itu.

Gara-gara kek

Sekadar gambar hiasan

Memetik laporan Daily Mail, wanita ini dikatakan tidak boleh memaafkan tindakan suaminya yang bertindak menekap kek ke mukanya. Lelaki berkenaan dipercayai mengendahkan satu-satunya permintaan isterinya agar tidak melakukan lawak menekap kek ke mukanya.

Saya tidak meminta banyak daripada suami saya kecuali jangan tekap muka saya dengan kek perkahwinan. Dia memilih untuk tidak menghormati permintaan itu.

Namun, tindakan si suami akhirnya mengundang padah apabila wanita ini menegaskan untuk berpisah.

Sebaik sahaja dia melakukan perkara itu, saya terus tegaskan kepadanya bahawa perkahwinan ini sudah berakhir.

Ramai netizen tak setuju

Sekadar gambar hiasan

Mengulas lebih lanjut, luahan wanita ini dibuat menerusi kolum mingguan sebuah majalah popular di New York.

Pada masa yang sama, wanita ini turut meminta pandangan daripada orang ramai mengenai tindakannya yang mahu menceraikan suami sendiri akibat trauma berikutan ditekap kek di khalayak ramai.

Sumber: Daily Mail

SKIP THIS AD ×