Sekadar gambar hiasan
Tak dinafikan, isu curang dalam rumah tangga semakin menjadi-jadi. Bukan sahaja dalam kalangan selebriti malah banyak juga berlaku kepada orang sekeliling.
Suami ‘bertopengkan’ muka baik
Sekadar gambar hiasan
Baru-baru seorang wanita yang dikenali sebagai Zara Zayne menceritakan pengalaman rakannya yang dicurangi si suami. Menurut Zara, rakannya itu bertanya kepadanya mengenai satu aplikasi mencari kenalan memandangkan wanita itu kurang tahu dan tidak terlalu terdedah dengan aplikasi-aplikasi baharu.
Satu hari, saudara dia tanya suami main tak aplikasi satu ni. Tapi pada masa tu dia tak peduli sangat sebab katanya dalam telefon suami tak ada apa-apa yang mencurigakan.
Hanya kerana ingin tahu, rakan Zara mencari aplikasi tersebut di ruangan penyimpanan dan rupa-rupanya suaminya itu pernah menggunakan aplikasi terbabit. Zara kemudian meminta rakannya itu untuk memuat turun semula aplikasi tersebut dan sejak berjaya membuka mengakses akaun, telefon si suami sentiasa berbunyi terutamanya pada waktu malam.
Suami dia memang sangat baik, aku pun spceechless. Aplikasi tu, suami dia guna sejak awal mereka kahwin lagi. Selepas panggilan dijawab, dia mendengar suara rakannya menangis teresak-esak. Dia cakap dapat buka aplikasi dan terbongkar watak sebenar suaminya.
‘Dia dah langgan beberapa orang pelacur’
Sekadar gambar hiasan
Paling mengejutkan apabila dia dimaklumkan bahawa suami rakannya itu melanggan pelacur setiap kali bertugas di luar kawasan.
Suami dia selalu keluar outstation dan kebetulan suami dia baru balik dari Labuan. Kita tak cakap tempat tu teruk tapi rupanya suami dia dah langgan beberapa orang pelacur dan bukti semua ada dalam mesej.
Speechless, aku ajar dia bukan untuk meruntuhkan rumah tangga tetapi dalam tu terlalu banyak bukti, bukan sekali tapi banyak kali.
Bercerita lanjut, Zara diberitahu suami rakannya itu berperwatakan baik apabila berada di rumah. Malah, dia dikatakan seorang yang ringan tulang serta gemar duduk di rumah membantu anak dan isteri.
Difahamkan, rakan Zara baharu sahaja bercerai dengan suaminya dan Zara mengakui dirinya kini dihantui rasa bersalah kerana menjadi punca penceraian rakannya itu.
Sumber: Zara Zayne