Penyanyi dan cef selebriti popular, Dato Fazley Yaakob dilihat sengaja menggunakan sebuah aplikasi menyunting wajah di telefon bimbitnya. Hasil daripada menggunakan aplikasi tersebut, beliau berjaya menunjukkan raut wajahnya yang sebenar sekiranya ditumbuhi janggut. Wow!
Muka susah tumbuh janggut
Pemberitahuan, ini hanya percubaan pengunaan aplikasi. Muka saya susah tumbuh janggut dan saya tak tindik hidung ok?! Hahaha anyways, pagi-pagi ni dah ada followers tanya, kenapa saya tak pernah simpan jambang tebal. Jawapannya, sebab memang jambang tak tumbuh tempat lain melainkan janggut sejemput bawah dagu tu! Nak buat macam mana? So dah puas tengok saya ada bayangan jambang macam ni? Ok ke tak?
Menurut Fazley, walaupun dirinya berketurunan Jawa, Minang dan Pakistan, bulu-bulu di wajahnya sangat susah untuk tumbuh jika dibandingkan dengan arwah ayahnya sendiri. Menerusi perkongsian foto tersebut, Fazley berharap dapat menjawab soalan netizen berhubung kenapa dirinya tidak menyimpan jambang dan janggut selama ini. Ujarnya lagi, bulu-bulu di wajahnya itu tidak cukup genetik sebelah arwah ayah.
Macam Zayn Malik!
Di ruangan komen, perkongsian Fazley itu ternyata mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Menurut netizen, wajah pelantun suara ‘Asmara Ini’ itu dikatakan seiras dengan penyanyi antarabangsa iaitu Zayn Malik. Malah, ada yang memuji wajah kacak Fazley seperti hero Bollywood, Shah Rukh Khan.
Bang, ni Zayn Malik versi Jawa?.
Uishh risau kekadang, hampir confuse Zayn Malik asal mana.
Janganlah senyum senget dato. Rasa macam scary pula.
Sumber: Dato Fazley