berita

‘Muka Tu Kena Sumpah Ke?’ – Sering Diejek Sejak Kecil, Wanita Akui Pernah Ada Niat Bunuh Diri

November 19th, 2020 | by Shafika
Kini Trending

Fizikal dan rupa paras setiap manusia merupakan kurnian dari Allah SWT termasuklah tanda lahir. Ada yang memiliki tanda lahir yang tersorok di badan dan ada juga yang terus nampak jelas seperti wanita ini yang dikenali sebagai Shaharizah.

Walaupun sering dihina kerana memiliki tanda lahir di pipi, wanita ini sudah lali dengan ejekan manusia. Baginya tanda lahir ini tidak seharusnya dianggap ‘sumpahan’ kerana ianya diciptakan Allah SWT sejak dia lahir lagi.

Dari kecil sering diejek

(sekadar gambar hiasan)

Menurut Shaharizah yang berusia 35 tahun, dia sering diejek sejak dari kecil kerana mempunyai kelainan pada rupa parasnya. Walaupun begitu, Shaharizah tetap menganggap tanda lahir yang dianggap sumpahan itu merupakan kurniaan Tuhan kepadanya sejak lahir lagi.

Saya sebenarnya tidak termakan dengan komen sebegitu kerana sudah lali. Sejak kecil lagi saya terima banyak ejekan daripada rakan-rakan sekolah.

Sampai ada satu hari, saya pernah berniat mahu membunuh diri dengan pisau ketika berusia 12 tahun, namun apabila meningkat dewasa saya menerimanya (tanda lahir) dengan reda.

Menerusi Harian Metro, dia tidak menyangka hantarannya di TikTok memperoleh jutaan tontonan dan berharap ia menjadi pengajaran kepada warganet supaya berhati-hati dalam memuat naik sebarang komen di media sosial.

Pada awalnya terasa juga, apabila baca komen warganet lain terus gembira dan seronok. Walaupun terima satu komen negatif tetapi ratusan yang membalasnya dan mendoakan kesihatan serta kesejahteraan saya sekeluarga.

Sekarang hanya fikirkan perasaan anak, saya tidak mahu dia menerima ejekan kerana wajah ibunya sebegini.

Syukur anak sihat

(sekadar gambar hiasan)

Dalam pada itu, dia turut mencuba pelbagai alternatif rawatan dibuat bagi memudarkan tanda lahir pada wajahnya termasuklah rawatan moden dan tradisional. Dia pernah cuba buat melakukan rawatan memudarkan dan menghilangkan ketulan tanda lahir itu supaya kelihatan lebih cantik sebelum berkahwin dengan suaminya, Zaidi Daing Pasolong, 38, pada Jun 2018 tetapi ia kurang berkesan.

Saya masih lagi berharap permohonan untuk melakukan rawatan laser di hospital kerajaan diterima kerana rawatan di klinik atau hospital swasta agak mahal. Ketumbuhan biji-biji pada wajah ini juga buat saya tidak selesa dan sering sakit kepala.

Saya bersyukur dikurniakan tubuh badan yang sihat, boleh bekerja dan mampu menyara keluarga. Dia juga bersyukur apabila Allah kurniakannya penghibur hati, Muhammad Aisy Ziqri Zaidi, anak lelaki yang baik dan sempurna berusia 18 bulan.

Terdahulu, perkongsian Shaharizah yang dimuat naik pada Oktober lalu tular di aplikasi TikTok sehingga meraih lebih 1.3 juta tontonan, 64,000 tanda suka dan 2,000 komen setakat ini.

Sumber : Harian Metro

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×