berita

Mula Bisnes Jual Burger Dengan Modal RM500, Kisah Inspirasi Lelaki Yang Kini Jutawan

March 4th, 2019 | by Arini Saleh
Kini Trending

Dengan niat untuk membantu keluarga, lelaki ini memulakan perniagaan burger sekitar tahun 1980 an  bermodalkan RM500. Siapa sangka, bermula daripada situ perniagaannya berkembang dan kini sudah berjaya memiliki bangunan tersergam bernilai lebih RM3 juta.

Kepada sesiapa yang nak mulakan bisnes tu, jom baca kisah inspirasi ini. Yang penting jangan putus asa!

Pernah sehari berniaga, dua biji je laku

Sekadar gambar hiasan

Menurut Ali Syed Mohamed, dia menjalankan perniagaan burger selepas tamat Sijil Rendah Pelajaran (SRP) selama 10 tahun bermula jam 10 pagi sehingga 1 pagi.

Alhamdulillah, saya bertahan sampai hari ini. Sejak awal, tiada istilah bos atau tauke, sebaliknya dia bersama anak dan isteri berusaha sendiri mengendalikan perniagaan.

Saya lalui pelbagai pengalaman pahit manis, jatuh bangun. Pernah seharian berniaga, dua biji saja yang laku. Tapi, saya tak patah semangat kerana ini saja pekerjaan yang saya mampu buat.

Mengamalkan prinsip tidak mudah mengalah dan disiplin, dia berniat menjadikan bisnes medium untuk membantu orang lain.

Jual minuman RM1 sahaja kepada pelajar

Selepas itu, dia bersama seorang adik angkat mencuba perniagaan mee goreng dan dari situlah mereka mula berkembang.

Saya bantu mahasiswa sejak empat tahun lalu. Minuman saya jual RM1 saja bila mereka tunjukkan kad siswa. Saya seronok bila dapat bantu, saya puas kerana saya pernah hidup susah.

Sampai sekarang saya pergi ke gerai burger, tengok perkembangan anak-anak muda, tengok apa ramuan yang mereka guna.

Selepas dua bulan saya tengok lagi, jika berkembang, baguslah. Saya bantu perbaiki mana yang boleh kerana intin melihat mereka juga berjaya satu hari nanti.

Tambahnya lagi, dia pernah dihalau daripada berniaga namun dengan bantuan Persatuan Peniaga dan Penjaja Bumiputera Kuala Lumpur, masalah itu akhirnya dapat diselesaikan.

Mohon kerajan beri bantuan

Dia yang menjalankan perniagaan bersama keluarga berharap agar kerajaan memberi bantuan kepada Bumiputera untuk menjalankan bisnes.

Cuma saya tak tahu sampai bila. Jadi, saya minta, bagilah kami peluang berniaga. Saya mohon supaya dibantu kerana komitmen kewangan untuk buka kedai ini bukan sedikit, saya berhutang dengan kawan-kawan dan bank.

Kini sudah memiliki 15 orang pekerja, dia berbangga diberi Anugerah Kedai Contoh daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan menjadikan itu sebagai pemangkin semangat.

Sumber : Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×