berita

Mula Dengar Suara ‘Orang’ & Cuba Bunuh Diri, Wanita Kongsi Derita Sakit Mental

June 18th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Penyakit mental adalah penyakit yang melibatkan gangguan pada fungsi otak yang boleh menyebabkan perubahan kepada proses pemikiran, perasaan dan tingkah-laku seseorang yang mengakibatkan gangguan untuk menjalani aktiviti seharian dengan baik.

Terbaru, seorang pengguna Twitter iaitu Auji Zaharudin ada berkongsi pengalamannya sebagai ‘pejuang’ pesakit mental.

Pengalaman mental illness

‘Sakit’ datang balik

Menceritakan kisah itu, Auji Zaharudin memberitahu pada tahun 2007 keadaannya mula agresif. Dia telah membaling pinggan sehingga tangannya tercedera. Difahamkan, tidak lama selepas itu keadaannya semakin pulih dan dia membuat keputusan untuk berhenti makan ubat.

Pergi jumpa psikiatri

Tambah Auji lagi, dia kemudian telah berjumpa dengan psikiatri sebelum dimasukkan ke wad kerana tindakannya yang cuba membunuh diri.

‘Bantulah kami’

Kawan-kawan jauhkan diri

Sementara itu, dia juga berharap agar orang ramai memberi semangat kepada mereka yang sedang berjuang dengan masalah mental ini. Menurutnya, jika dilihat daripada luaran mereka nampak gembira tetapi sebenarnya mereka ini sangat terseksa. Paling menyedihkan apabila rakan-rakan mula menjauhkan diri.

‘Jangan skip ubat’

Dalam kesempatan itu juga, dia menasihati mereka yang berhadapan dengan masalah mental ini supaya sentiasa mengambil ubat seperti yang disarankan.

Sumber: Auji Zaharudin

SKIP THIS AD ×