Memiliki rumah yang kecil bukanlah penghalang untuk anda menghiasnya mengikut citarasa sendiri. Jika kreatif dan rajin, anda sebenarnya boleh mengubah ruang tersebut agar kelihatan lebih luas.
Seperti perkongsian wanita ini, dapur rumah sewanya pada asalnya mempunyai sinki sahaja. Dia mengambil keputusan mengubahsuai meja banquet menjadi ala kabinet mewah!
DIY meja banquet menjadi ala kabinet mewah
Buntu tak kalau dapat dapur rumah sewa yang kecil? Lepastu hanya ada sinki. Tenang je gais!
Ini la hasil, sebelom dan selepas. Cara susun atur dan bagaimana kami DIY meja banquet menjadi ala kabinet mewah! Dengan harga mampu milik.
Buat sorang tak jalan ni! Yang penting dapat sokongan dari suami, terima kasih Abang. Doakan Rezeki Adiha & Abu dapat hias rumah sendiri satu hari nanti. Amin
Nota Kaki:
• Detail ada di setiap gambar, semoga bermanfaat untuk semua
Sebelum dan selepas
SEBELUM:
Seminggu pindah, dah la bulan puasa masa ni. Masak pun main-main je. Ni ke nama nya tongkang pecah? Haha
SELEPAS:
• Brick Wallpaper (Grade C) : 10meter RM20
BTL HOME DECO pvc wallpaper (GM Klang, Blok P3)
SELEPAS:
Marble Wallpaper : 6meter RM27
SELEPAS:
Bekas: RM2.00+ / botol
• 2 ply & Kedai Eco
SELEPAS:
• Langsir meja + Velcro : RM83
SELEPAS:
Rak (Lerberg): RM69
• Ikea
DIY meja banquet menjadi ala kabinet mewah dengan harga mampu milik
1) Pastikan ada meja banquet yang muat untuk ruang dapur yang diperlukan (contoh gambar bersaiz: 76 x 122 x 45 cm)
Meja banquet:
• Carousell : RM45
• Shopee : RM70
https://shopee.com.my/product/29832730/6531548097?smtt=0.0.9
2) Beli kayu terpakai yang sama lebar dengan sinki.
(Take note ketebalan kayu, contoh: 1.2cm)
Panjang kayu mengikut yang diperlukan.
Contoh: Dari dinding ke sinki
Kayu:
• Kayu terpakai Meru : 2 keping Rm25
3) Tinggikan meja banquet selaras dengan sinki, menggunakan besi yang beli di kedai hardware (8 batang untuk 2 meja banquet)
Ukur siap-siap panjang besi yang diperlukan, baki ketinggian yang diperlukan = Ketinggian sinki – (tinggi meja banquet + ketebalan kayu)
Panjang besi = Baki ketinggian yang diperlukan + Panjang asal
Besi
• 8 batang RM17
4) Hantar weld besi tadi untuk lebih kukuh
Weld & Cat ( +60 19 276 6061 )
• Upah : RM60
5) Finishing:
Pasang wallpaper pada kayu dan gam skirting
Tampal Velcro (belah kanan) menggunakan GAM.
GAM Dunlop Rm3+
• Kedai DIY
Sumber : Adiha Adib