berita

‘Mula-Mula Naik Bintik Air Gatal, Makin Lama Makin Teruk’

February 14th, 2019 | by Arini Saleh
Kesihatan & Hidup Aktif

Ekzema merupakan sejenis penyakit kulit yang kebiasaannya berlaku kepada kanak-kanak dan boleh berterusan sehingga meningkat dewasa. Keadaan radang pada kulit ini disertai dengan bengkak, gatal dan ruam merah seperti melecur.

Pengguna Facebook, Zaiazrien Akhmar kongsi cara rawatan penyakit ekzema yang dialaminya. Setelah mencuba pelbagai ubat dan konsultasi dari doktor, beliau akhirnya menemui jalan penyelesaian apabila bertemu dengan Dr Najeeb.

Mula-mula naik bintik air gatal

Masa ni tangan dah teruk giler. Tengah tunggu Dr Najeeb approve admitted.

Terpanggil untuk share tentang eczema memandangkan ramai tanya ubat apa pakai. Alhamdulilahhh makin ok sekarang.

Sebenarnya dah 6 bulan tanggung gatal-gatal yang mungkin diakibatkan bahan kimia yang dah sedia maklum adalah daripada sabun.

Permulaan jadi macam bintik-bintik air gatal atau org selalu panggil kulat air. Jadi masa tahu tu ingat gatal biasa sahaja dan beli ubat dekat farmasi. Tapi makin lama makin teruk.

Lepas satu jari ke satu jari kena… Disebabkan tak tahan sangat gatal pergi beberapa pakar kulit dan doktor doktor. Tetap tak elok… Kulit terus jadi kering dan merekah.

Kering sampai merekah dan berdarah

Tangan sampai merekah sebab terlalu kering plus berdarah

Nampak tak? Sampai isi kulit pon nampak. Bayangkn dia punya pedih macam mana. Teruk giler lepastu busuk tak payah nak cakap. Air dia keluar tu busuk.

Merekah rekah tangan bukan 1 jari je tapi 5 jari kena. Nak thumprint cop jari pon dah tak boleh.

Ni sampai berdarah sebab dah merekah dan kulit kering

Jangan cakap kering je sampai berdarahhh nak drive nak basuh pinggan plus nak masak pon takda mood. Gatal dia ya allahh nauzubillahhh memang tak boleh tahan.

Kos rawatan ke klinik pakar kulit bukan murah. Hampir 6 bulan ni cecah 2k berubat sahaja tapi tetap tak baik.

Atas desakan suami, memang tak tahan sangat saya try pergi Hospital Columbia yang ada pakar kulit terbaik area Seremban. Dan saya kena tahan ward selama 5 ari macam tu untuk dipantau supaya luka kat tangan tu kering plus tak berdarah macam biasa.

Dan doktor Najeeb adalah doktor terbaik. Semua info pasal eczema dia terangkan dan eczema ni ada banyak jenis.

Alami eczema jenis Dyshidrotik Dermititis

Dan saya adalah jenis
DYSHIDROTIK DERMITITIS
-Tekanan, alahan, tangan/kaki yang lembap, garam kronium ini menghasilkan lepuhan kecil, kegatalan di tepi-tepi jari dan kaki. Gejalanya dapat dilihat seperti lepuhan kecil berisi air, kegatalan, merah, kupas, bersisik dan juga berasa sakit. Dan biasanya kaum wanita lebih mendapat daripada kaum lelaki.

So korang yang alami benda yang sama yang nampak bintik air gatal mula tumbuh dekat tangan atau kaki elok berubat cepat sebelum terlambat. Tangan nak pakai lama oiiii.

Alhamdulillahhhh feeling better now, dan Dr Najeeb bagitahu eczema ni akan berulang kembali kalau kita tak jaga apa yang kita pegang, apa yang kita sentuh dan this is not about FOOD.

Tak ada kena mengena makan sotong atau ayam ke udang ke ehhh …

Bawah ni saya tunjukkan prosedur perubatan Dr Najeeb dekat saya.

Proses rawatan

Hari 1- warded

Hari ke 2 – Merah-merah masa ni baru lepas sapu cream

Hari ke 3 – Tinggal menggelupas dan dah tak gatal

Hari ke 3 – tengok yang gambar permulaan yang atas jari ni smpai terkopek kan? Dan lepas rawatan alhamdulillahhh menggelupas je

Ni hari ke 5 warded alhamdulillahh yang kering tu semua dah baik

Dr Najeeb Ahmad. The best skin doctor. Korg try lahhh. Semua jenis kulit boleh try.

Semoga memberi manfaat kepada semua

Insyallah

#eczemaintro
#penyakiteczema

Sumber : Zaiazrien Akhmar

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×