berita

Mula Tanya Soalan Lucah & Peribadi, Individu Menyamar Wanita Hamil Lempias Nafsu!

September 6th, 2020 | by Arini Saleh
Kini Trending

Sanggup memalsukan identiti demi nafsu, seorang lelaki dipercayai menggunakan gambar orang lain untuk masuk ke laman ibu hamil. Paling mengejutkan apabila individu tidak bertanggungjawab ini menghantar mesej berunsur lucah kepada salah seorang ahli group.

Tegur di mesej

First saya update dekat group ni. How to i starting pun tak tahu. Tapi semua bukti ada dekat bawah. First dia say hi tu saya dah was was nak balas ke tak sebab saya terfikir ada ke perempuan yang chat perempuan lain yang tak kenal tengah-tengah malam, but i just husnuzon. Tapi saya tak pernah nampak dia lalu lalang dekat fb saya dan tak perasan pulak bila dia add atau bila sy approve dia. Em then sampai la dia cakap dia anak 3. But i stalk bio fb dia anak baru nak masuk 2 emm, tapi saya masih lagi husnuzon em mungkin dia lupa nak update kot.

Menurut perkongsian wanita ini, pada awalnya dia berprasangka baik apabila tiba-tiba menerima mesej daripada individu tersebut. Walaupun tidak dapat ingat bila mereka mula menjadi rakan di Facebook, dia masih melayan pertanyaan dengan baik.

Tanya soalan lucah

 

Cerita ni baru terjadi malam tadi. Mungkin bagi orang lain terlalu simple, tapi bagi saya ini kes terlalu berat sebab dia jadi kan kita kaum hawa yang sudah ada anak atau sedang mengandung sebagai bahan dia melayan nafsu seks dengan soalan-soalan konon dia buat-buat tak tahu atau saja nak tahu untuk naik kan feel dia. Lepas saya berpakat dengan suami untuk reply macamtu dia terus block saya. Dan terbukti dia adalah lelaki dan acc palsu, dia guna pakai gambar orang sedang mengandung supaya dia dapat masuk dalam group ibu-ibu. JAHAT SUNGGUH..!

PS: Saya tak pernah tahu dia pernah diviralkan dan dia pernah buat hal. Saya add group ni sebab ada kawan bagitahu dia pernah diviral dalam group ni. So apa saya perlu cakap, hati-hati semua. Tolong report fb dia dan yang paling penting siapa kenal gambar dalam profile tu please bagitahu dekat owner gambar dia diguna pakai untuk kerja-kerja tidak bermoral. Hmm kesian nya. Yer saya sangat kesian dekat owner profile tu mungkin dia tak tahu apa-apa.

Namun, dia mula berasa tidak selesa apabila individu tersebut mula bertanyakan soalan berunsur lucah dan peribadi. Meskipun sudah menegur dengan baik, dia masih ‘mencuba nasib’ dengan terus menghantar mesej.

Tidak mahu orang lain menjadi mangsa, wanita ini berpesan supaya orang ramai berhati-hati sekiranya menerima mesej daripada individu yang sama. Difahamkan, dia menggunakan gambar orang lain untuk menyertai kelab ibu hamil dan bersalin semata-mata mahu melempiaskan nafsu.

Sumber : Kelab Ibu Hamil & Bersalin Malaysia

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×