Isteri kepada pelawak, Shahrol Shiro iaitu Nor Farhanan memohon doa orang ramai agar anak mereka, Iskandar Rizqi diberi kesembuhan daripada penyakit demam campak dan ulser mulut yang teruk.
Luluh hati tengok anak sakit
Assalammualaikum. Tiada apa yang Anna harapkan selain doa dari kalian semua. Selitkan lah doa untuk Iskandar Rizqi dalam setiap solat kalian. Semoga Iskandar Rizqi cepat sembuh. Rizqi kena chicken pox tapi mulut dia penuh Ulser. Kesian Rizqi nak makan susah, badan pun gatal. Banyak sangat Ulser dalam mulut dia.
Sebagai ibu, Farhanan mengatakan bahawa dia tidak sanggup untuk melihat keadaan anaknya sebegitu. Lebih teruk, Rizqi dikatakan susah untuk makan dan badannya mengalami kegatalan.
Kita ni Ibu, luluh hati tengok Anak sakit. Lemah macam mana kita, atau penat macam mana kita, tetap kuatkan diri dan semangat untuk Anak.
Meskipun berat untuk melihat anak terpaksa menanggung kesakitan, Farhanan yakin setiap yang berlaku pasti ada hikmah. Tambah Farhanan lagi, ramai orang di sekeliling yang sudi memberi bantuan kepadanya tatkala Rizqi sedang sakit. Farhanan turut meluahkan rasa terharu apabila ada juga yang memberi kata-kata semangat kepada dirinya.
Alhamdulillah dan terima kasih pada yang mengambil berat.
Sumber: Nor Farhanan