berita

‘Mummy Tak Sedar, Mummy Tak Sengaja, Maafkan Mummy Sayang…’

May 23rd, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Kehadiran zuriat dalam rumah tangga merupakan satu anugerah Tuhan yang tidak ternilai. Hal ini kerana, tidak semua pasangan dikurniakan rezeki untuk memiliki anak. Malah ada di antara mereka yang sanggup tunggu sehingga berpuluh-puluh tahun untuk menimang cahaya mata.

Begitulah juga nasib yang dihadapi oleh wanita ini, Jaja Rahman apabila penantiannya selama 10 tahun untuk menimang cahaya mata kedua berakhir dengan satu kisah sedih.

Penantian selama 10 tahun

10 tahun penantian tp Allah pinjamkan anak kembar sulungku hanya 42 hari. Disaat si adik masih lagi di hospital, kakak dah pergi tinggalkan kami semua. Maafkan mummy sayang, Mummy leka dan lalai dalam menjaga kakak. Sekelip mata kakak dah tiada. Salah mummy sebab susukan kakak sambil baring, mummy tak sedar sayang. Mummy tak sengaja. Mummy terlelap. Maafkan mummy sayang.

Menerusi perkongsian yang dimuatnaik Jaja Rahman di laman Facebook miliknya memberitahu bahawa puteri kembar sulungnya telah menghadap Ilahi selepas 42 hari dia melihat dunia sementara adik kembarnya masih lagi di hospital. Wanita ini juga meluahkan rasa sedih dan meminta maaf atas kekhilafannya yang leka ketika menjaga anak perempuannya yang diberi nama Putri Qhaira Binti M. Hadri Fisqi.

Jenazah selamat dikebumikan

23 Mei, genap usiaku 37 tahun. Alhamdulillah terima kasih ya Allah kerana memanjangkan usiaku hingga saat ini. Tahun dimana aku diberi rezeki setelah sekian lama menanti dan Diuji dengan ujian yang sangat perit untuk aku telan. Tapi aku yakin Allah tahu yang terbaik buat diri ini.

Difahamkan, jenazah Putri Qhaira telah dikebumikan sebaik sahaja selepas selesai post mortem. Dalam kesempatan itu juga, Jaja yang akan menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-37 pada 23 Mei ini turut bersyukur dan berterima kasih kepada puterinya itu kerana sudi ‘singgah’ dalam rahimnya selama 33 minggu. Kehadiran Putri Qhaira juga telah menceriakan mereka sekeluarga walaupun hanya ‘dipinjamkan’ selama 42 hari sahaja.

Hadiah bermakna buat diri ini, Walaupun tak sempat temukan adik dan kakak , mummy abadikan gambar ini sebagai kenangan mummy.

Ibu kepada arwah Putri Qhaira berharap agar orang ramai dapat mendoakan agar dia dan puteri kembar bongsunya iaitu Putri Qianna (adik arwah Putri Qhaira)  diberi kesembuhan dan kesihatan yang berpanjangan. Tambahnya lagi, dia harus kuat dengan ujian ini untuk anak sulungnya, Putri Damia dan Putri Qianna.

Sumber: Jaja Rahman

SKIP THIS AD ×