berita

Munaa Bella Menangis Dengar Pesanan Arwah Ibu Abdur Rahman – ‘Ambil Video Sekurangnya Boleh Dengar Suara Bila Rindu’

September 13th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Munaa Bella

Pengacara dan penyampai radio, Munaa Bella terkesan dengan kata-kata seorang remaja yang dikenali sebagai Abdur Rahman iaitu anak sulung kepada mangsa nahas kemalangan di Segamat, baru-baru ini.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Orang Malaysia Memang Prihatin. Terima Kasih, Sayang Korang’ – Abdur Rahman

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Abdur Rahman Terima al-Quran Arwah Adik, Tertunduk Menangis Baca Coretan Arwah Ibu – ‘Jadi Anak Yang Solehah’

Menerusi sepotong video yang dimuat naik di TikTok, remaja berkenaan berkongsi pesanan arwah ibunya iaitu untuk sentiasa merakam gambar atau video bersama insan tersayang sebelum kehilangan mereka buat selamnya.

Tak sempat rakam momen

Munaa Bella

Terkesan dengan pesanan tersebut, Munaa atau nama lengkapnya Munaa Bella Mohamad dilihat ‘stich’ video berkenaan.

Menurut Munaa, dia yang sudah kehilangan bapa dan nenek akui terkilan kerana tidak dapat merakam banyak momen bersama dua insan tercinta itu.

Memang betul, sebagai seorang yang pernah kehilangan ayah dah baru-baru ini nenek saya pula.

Benda ini memang serius korang semua kena buat. Sebab gambar itu yang buat pengubat rindu.

Macam ayah saya meninggal dah lebih 10 tahun dan saya macam tak ambil banyak gambar. Jadi tiada gambar yang boleh nak lihat semula untuk ingat momen-momen sebelum ini. Boleh ingat dalam kepala sahaja.

Dalam perkongsian sama, Munaa dilihat gagal menahan airmata dan menangis teresak-esak.

Justeru, Munaa berpesan kepada orang ramai yang masih memiliki ibu dan bapa untuk merakam banyak momen terindah bersama mereka supaya boleh mengubati kerinduan kelak.

Lagi satu, korang kena banyak ambil video. Bila ambil video at least boleh dengar suara. Kalau macam rindu nak dengar suara orang itu korang boleh dengar balik.

Jadi ambillah gambar dah video banyak-banyak. Sebab itu sahaja yang boleh ubat rindu nanti.

Terdahulu, ibu bapa serta empat lagi adik kepada Abdur Rahman disahkan meninggal dunia dalam kemalangan ketika mereka dalam perjalanan untuk menghantar ibunya di Segamat.

Mangsa yang terlibat ialah Amir Ruddin Ismail, 46, dan Norahimah Noor Muhamad, 43, bersama empat lagi anaknya, Fatimatulzahrah, 17, Seri Khadijah Aqilah, 13, Rufaidatul Asyariyah, 10, dan Muhammad Assyakrawi, 5

Video

@munaabella #stitch with @ERA ? original sound – Annyeong Chingu! ?

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×