berita

[VIDEO] ‘Orang Malaysia Memang Prihatin. Terima Kasih, Sayang Korang’ – Abdur Rahman

September 7th, 2023 | by Alia
Kini Trending

abdur rahman

Anak sulung kepada mangsa nahas kemalangan di Kilometer 5, Jalan Segamat-Kuantan iaitu Abdur Rahman menzahirkan rasa syukur dan menghargai setiap pertolongan daripada rakyat Malaysia.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Abdur Rahman Terima al-Quran Arwah Adik, Tertunduk Menangis Baca Coretan Arwah Ibu – ‘Jadi Anak Yang Solehah’

Artikel Berkaitan: ‘Alhamdulillah, Rezeki Dapat Melawat Adik Rahman Dekat Muar’ – Tiz Zaqyah

‘Terima kasih semua’

nahas kemalangan

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Abdur Rahman berterima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang datang menziarahinya, menghulurkan bantuan serta yang mendoakannya.

Saya Abdur Rahman Bin Amir Ruddin merupakan anak arwah kepada..senang cerita enam jenazah yang tular baru-baru ini.

Pertama sekali saya nak ucapkan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia sebab memang tak terhingga banyaknya doa-doa anda semua.

Betullah seperti yang kata orang Malaysia ni memang prihatin. Terima kasih, sayang korang.

Pesanan untuk netizen

abdur rahman

Dalam pada itu, remaja berusia 19 tahun ini juga menasihati warganet agar menyemak terlebih dahulu kesahihan sumber berita supaya tidak menyebarkan info yang tidak tepat.

Tujuan saya buat video ini adalah saya mahu betulkan apa yang salah. Sebab sekarang ini kuasa di hujung jari, benda yang tak betul jadi makin tersebar.

Saya cuma nak minta kepada pengguna media sosial iaitu netizen, kalau nak sebarkan sesuatu perkara pastikan ianya sahih dahulu.

Terdahulu, ibu bapa serta empat lagi adik kepada Abdur Rahman disahkan meninggal dunia dalam kemalangan ketika mereka dalam perjalanan untuk menghantar ibunya di Segamat.

Mangsa yang terlibat ialah Amir Ruddin Ismail, 46, dan Norahimah Noor Muhamad, 43, bersama empat lagi anaknya, Fatimatulzahrah, 17, Seri Khadijah Aqilah, 13, Rufaidatul Asyariyah, 10, dan Muhammad Assyakrawi, 5.

Difahamkan, ibunya merupakan guru Sekolah Agama Semedak manakala bapanya merupakan seorang imam di Masjid Ladang Tereh Utara, Kluang.

Jenazah enam beranak itu selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Masjid Ubuddiah, Parit Limbong pada petang Sabtu.

@rahmanlah

terima kasih ye semua??@ABANG SOYAAA

? original sound – MVM Music – MVM Music

Sumber: TikTok Abdur Rahman

SKIP THIS AD ×