berita

Muncul Dalam Program TV Korea Konon Keluarga Penyayang, Kisah Bayi 18 Bulan Mati Didera Ini Tarik Perhatian Dunia

January 5th, 2021 | by Shafika
Kini Trending

Pada Oktober tahun lalu, kisah pembunuhan seorang bayi berusia 18 bulan oleh keluarga angkatnya menggemparkan Korea Selatan. Rata-rata menyifatkan kes ini sebagai penyeksaan tak berperikemanusiaan oleh kedua ibu bapa angkat bayi terbabit. Malah rakyat Korea sendiri mahukan pengadilan agar pembunuh bayi yang bernama Jeongin didakwa atas tuduhan membunuh dan bukannya penderaan.

Dakwa anak angkat jatuh sofa

Di satu stesen TV Korea, SBS yang disiarkan 2 Januari lalu, kematian Jung In-i yang berusia 16 bulan menjadi perhatian ramai. Ini disebabkan kedua pasangan ini mendera bayi tersebut secara konsisten dan turut merakam detik penderaan dan kematian bayi tersebut 800 video seolah-olah perbuatan tersebut adalah normal. Pasangan terbabit kini ditahan bagi tujuan siasatan dan pendakwaan.

Yang-mo merupakan seorang jurubahasa yang bekerja di sebuah stesen TV penganut agama Kristian yang taat. Malah wanita itu pernah memberitahu rancangan mereka untuk mengambil anak angkat di satu program stesen televisyen. Pada bulan Januari 2020, pasangan itu selamat menjadi ibu dan angkat baru kepada Jeong In-yi. Namun, sembilan bulan selepas itu, kanak-kanak itu mati secara tiba-tiba.

Pada hari kematiannya, Yangmo mengatakan bahawa Jung In sedang bermain di sofa bersama anak sulungnya ketika dia bersiap untuk ke pusat jagaan kanak-kanak, namun kanak-kanak itu jatuh dari sofa itu. Yang-mo kemudian memberitahu suaminya perkara itu, namun Yangmo tidak segera membawa Jung In ke hospital. Yang-mo meninggalkan Jeong-in sendirian di rumah, membawa anak sulungnya ke pusat jagaan kanak-kanak, dan pulang ke rumah untuk mengambil Jeong-in ke hospital.

Didera teruk sehingga pendarahan dalaman

Ramai yang mempersoalkan tindakan Yangmo yang tidak segera memanggil ambulans. Jika mendapat rawatan segera, kanak-kanak tersebut mungkin boleh diselamatkan lagi. Ketika Jung-in tiba di hospital, dia mengalami serangan jantung. Setelah pulih sebentar dari rawatan kakitangan perubatan, keadaannya sangat teruk. Doktor yang bertugas waktu itu memberitahu badan Jung-In penuh dengan darah. Malah usus kanak-kanak itu pecah menyebabkan pendarahan berlaku.

Malah lebih parah apabila seluruh badan kanak-kanak itu alami patah tulang yang teruk termasuk tulang rusuk. Perkara ini membuatkan ramai musykil memandangkan bagaimana kanak-kanak 16 bulan boleh patah dan cedera teruk hanya disebabkan jatuh dari sofa.

Walaupun ibu ayah angkat kanak-kanak itu menafikan, namun pihak hospital mengklasifikasikan kes itu sebagai pembunuhan yang kejam. Punca kematian Jung In-i adalah kerana kerosakan perut dan pankreas juga didapati rosak akibat tekanan luaran yang cukup kuat. Pada hari kematiannya, polis mengadili dan memenjarakan kedua ibu bapa tersebut kerana menyebabkan kematian kanak-kanak itu.

Dibicarakan pada 13 Januari

Perkara ini bukan sahaja menyedihkan orang ramai termasuk ibu angkat kanak-kanak tersebut sebelum ini yang sempat menjaganya selama 7 bulan. Dia turut melahirkan rasa kecewa dan berharap agar yang pasangan tersebut dikenakan hukuman berat atas pembunuhan tersebut. Lebih menyedihkan kulit wajah kanak-kanak terbabit juga dikatakan bertukar menjadi kering dan gelap berbanding sebelum waktu diambil sebagai anak angkat.

Kru produksi mendedahkan wajah Jung In-yi kerana ingin memberitahu orang ramai perubahan ketara kanak-kanak itu selama 271 hari. Melalui siaran itu, mereka memaklumkan kes akan dibicarakan pada 13 Januari 2021 bagi siasatan lanjut. Walaupun begitu, pasangan tersebyt mengaku tidak bersalah walaupun sudah disoal banyak kali. Mereka tetap dengan kenyataan mereka iaitu anak tersebut jatuh dari kerusi dan perkara itu tidak disengajakan.

Sumber : World Today

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×