berita

Muncul Duet Bersama Suami, Isteri Haqiem Rusli Hiburkan Penonton Dengan Rap Lagu Blackpink

January 16th, 2023 | by Wani
Kini Trending

Terdahulu pernah menjadi bualan hangat apabila terdapat satu syarikat rakaman yang ingin mengambil isteri kepada penyanyi, Haqiem Rusli untuk dijadikan penyanyi.

Namun, hal itu tidak disetujui oleh Haqiem kerana dia berpendapat bahawa isterinya tidak perlu berkecimpung di dalam industri muzik sepertinya.

Artikel Berkaitan: ‘Bukan Baby Bump Tapi Lemak’ – Isteri Haqiem Rusli Dedah Berat Badan Naik 9 Kg, Tak Akan Sembunyi Terutama Dengan ‘Qiemilio’

Artikel Berkaitan: Orang Selalu Cakap Muka Sama, Haqiem Rusli Buat Surprise ‘Video Call’ Hanis Zalikha Untuk Isteri

Artikel Berkaitan: ‘Saya Minta Maaf Jika Ada Yang Kecewa’ – Haqiem Rusli

Rap Blackpink

Terbaru, menerusi video yang dimuat naik di TikTok, kelihatan Haqiem Rusli sedang menghiburkan penonton yang hadir di gig ‘Malam Mimpi Haqiem Rusli’ di Panggung Asia, Gombak. Difahamkan, lebih daripada 10 lagu yang dibawa oleh Bintang Paling Popular Berita Harian (ABPBH) ke-33 itu.

Namun, apa yang mencuri perhatian penonton apabila isteri kepada penyanyi berusia 25 tahun itu, Anis Sofea yang menjadi tetamu istimewa pada malam tersebut.

Di dalam video itu, Anis menggayakan pakaian berwarna merah yang sedondon dengan suaminya dan menyanyi bahagian rap dari kumpulan terkenal Korea, Blackpink.

First time tau isteri Haqiem Rusli nyanyi sekali atas pentas dengan dia. Lagu ‘Pink Venom’ lagi.

Ternyata penonton terhibur dengan gaya yang bersahaja oleh isteri pelantun lagu ‘Mimpi’ tersebut.

@era.je

First time tau wife @haqiemrusli98_ nyanyi sekali atas pentas dengan dia. Lagu Pink Venom lagi. ? #sharERA #malammimpihaqiemrusli #fyp

? original sound – ERA – ERA

‘Tak faham dia nyanyi apa…’

Namun, kebanyakkan netizen di ruangan komen tidak memahami apa yang dinyanyikan oleh usahawan berusia 21 tahun itu dan hanya menerima persembahan tersebut dek kerana rupa parasnya yang menawan dan cantik.

Sumber: Tiktok @era.je

SKIP THIS AD ×