Baru-baru ini viral di media sosial mengenai kontroversi yang mendakwa pelakon, Shakilla Khoriri menjalin hubungan dengan seorang lelaki berstatus suami.
Artikel berkaitan: ‘Saya Jumpa Urusan Kerja, Orang Salah Anggap’ – Shakilla Khoriri Jawab Isu Gambar Mesra Dengan Suami Orang
Berikutan daripada kontroversi tersebut, nama pelakon, Idzham Ismail pula menjadi sebutan netizen. Netizen mendakwa Idzham menjalin hubungan dengan Shakilla.
Saya nak clearkan perkara ni
Tidak berdiam diri, Idzham tampil memberi penjelasan. Menurut Idzham, foto yang viral tersebut bukan dirinya sama sekali. Walau bagaimanapun, Idzham tidak menafikan bahawa bentuk fizikal dan rupa individu itu seakan miripnya sehingga ramai yang menyangka dirinya.
Dalam video itu bukan saya. Muka dia blur, maybe ada persamaan tinggi dan badan berbentuk sama dan bentuk muka sama sikit tapi bukan saya. Ada beberapa video terbaru nama saya masih terpalit, saya tak marah pun tau cuma nak clear sahaja.
Tambah Idzham, dia cuba untuk mengabaikan perkara tersebut namun, muncul pula video yang baru.
Isteri saya kata abaikan je, saya cuba abaikan tapi ada muncul lagi video baru dengan mention nama saya. Takut la orang ingat betul-betul kan.
Sumber: Idzham Ismail