Kegembiraan pengunjung car boot sales Kota Damansara bertukar cemas apabila sebahagian daripada mereka menjumpai mayat seorang individu yang tidak dikenali identitinya di dalam sebuah kenderaan di tempat letak kereta kawasan berkenaan.
Artikel Berkaitan: Empat Mayat Tanpa Kepala Ditemui Tepi Pantai
Jasad kembung macam belon
Kejadian itu dikongsikan seorang individu yang dikenali sebagai @ciraplaici menerusi ciapan yang dibuatnya di aplikasi X.
Menerusi ciapan tersebut, @ciraplaici memaklumkan bahawa mayat tersebut disedari oleh orang ramai selepas terhidu bau yang sangat busuk di sekitar kawasan tempat letak kereta car boot sales tersebut.
Alangkah terkejutnya mereka apabila menjumpai jasad seorang lelaki yang sudah tidak lagi bernyawa.
Ada orang jumpa mayat seorang individu dalam kereta itu. Dengarnya mayat dah lama dalam tiga atau empat hari tapi orang baru perasan sebab dah berbau.
Dalam pada itu, individu tersebut turut berkongsi tangkap layar memaparkan penjelasan dibuat seorang individu lain yang dipercayai berada di tempat kejadian mengenai kejadian tersebut.
Menurut dakwaan individu tersebut, mangsa dipercayai mencabut nyawanya sendiri dan meninggalkan salinan kad pengenalannya di atas papan pemuka kenderaannya.
Saya tak sempat cerita kejadian tadi, saya sempat buat siaran langsung di TikTok tetapi pihak polis tak bagi rakam.
Memang ada bau busuk, ingatkan najis haiwan tapi dari jauh dah bau. Lepas itu, ada orang nampak mayat seorang lelaki yang sudah kembung macam belon di dalam kereta.
Ada salinan kad pengenalan di atas ‘dashboard’ kereta dia. Orang ramai lambat perasan sebab hujan dari pagi.
Dalam pada itu, sehingga kini pihak polis masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan lanjut berhubung kejadian tersebut.
Posting Aplikasi X
— AL (@ciraplaici) December 24, 2023
Sumber: Aplikasi X