Pelakon, Beto Kusyairy mengaku tidak dapat menahan air mata selepas menonton filem lakonannya iaitu ‘Imaginur’.
Artikel berkaitan: Filem ‘Imaginur’ Buat Fatimah Abu Bakar Terkenang Keadaan Mak
Artikel berkaitan: ‘Saya Masih Bagi Nafkah Kepada Anak-Anak & Dia’ – Afdlin Shauki
Terkenang momen bersama orang tersayang
Menurut Beto, terdapat beberapa babak membuatkan dirinya teringat momen bersama insan tersayang. Selain Beto, isterinya iaitu Tisha Shahar juga tidak dapat menahan sebak sebaik sahaja menonton filem tersebut.
Ini bukan kali pertama saya tengok dengan isteri. Kalau saya mungkin akan merebeh lagi. Ada banyak momen sebenarnya lagi-lagi saya baru kehilangan ayah mentua. Isteri saya tonton filem ini pun menangis. Mungkin dia dalam fasa merindu ujar Beto ketika ditemui di tayangan perdana filem tersebut.
Bercerita mengenai babak lakonannya dengan beberapa pelakon ‘otai’, Beto berkata dia berjaya melakonkan semua watak dengan mudah.
Untuk berlakon babak sedih dengan Mior Hashim itu sangat mudah. Saya terkejut hasilnya begitu. Kami tak rancang pun nak menangis. Kami hanya bermain dengan rasa, dia beri saya ambil begitu juga sebaliknya. Memang best. Rasa tu sangat jujur. Babak mandikan bapa pun membuatkan saya teringat kepada bapa sendiri.
Buat pengetahuan korang, filem ‘Imaginur’ ini akan ditayangkan di seluruh pawagam mulai hari ini. Antara barisan pelakon yang membintangi filem ini ialah Diana Danielle, Fatimah Abu Bakar dan Nadiya Nisaa.