berita

‘Mungkin Jantung Saudara Ini Dalam Tengkorak’ – Drama Melayu Dikecam Lagi, Ini Respon Pengarah

June 20th, 2018 | by Shafika
Isu & Kontroversi

Jika sebelum ini, drama Monalisa dikritik teruk gara-gara menggunakan X-Ray untuk mengesahkan penyakit hilang ingatan. Sempena hari raya, satu drama kelakar ‘Laksa Di Ambang Wati’ pula mendapat perhatian netizen. Rata-rata menganggap drama melayu masih lagi sampah.

Selepas dikecam netizen, pengarah drama ini menjelaskan itu hanyalah sekadar jenaka untuk membuatkan drama itu lucu. Tambahan drama itu memang bertemakan komedi.

Jantung dalam tengkorak

Drama ini turut mendapat perhatian Dr Beni di laman twitter. Dia turut terhibur dengan fakta perubatan yang tidak berasas itu dan menganggap babak drama ini hanyalah mungkin satu parodi.

Topeng oksigen letak kat telinga

Aku memang dah rancang

Ini posting aku pada 15 May semasa penggambaran telemovie Laksa Di Ambang Wati. Saje nak buktikan semua ni memang aku dah rancang. Dan aku juga nak buktikan yang penonton Malaysia jauh lebih bijak dari Apa yang korang sangka.

#laksadiambangwati

Ini respon aku terhadap drama Melayu yang buat silap

Hahahahaha banyak jugak yang ambik serious rupanya. Jadi terpaksa lah aku jawab. Ini response aku terhadap drama Melayu yang selalu buat silap.

#laksadiambangwati

Sumber : Al Jafree

 

 

The following two tabs change content below.

Most Read Today