berita

‘Mungkin Kak Zai Tak Bermaksud, Semua Manusia Ada Khilaf’ – Nurul Zahid Pertahan Pengkritik Fesyen?

April 18th, 2018 | by Arini Saleh
Kini Trending

Kenyataan sensitif yang dikeluarkan seorang pengkritik fesyen terkenal, Zaihani Mohd Zain semalam nampaknya telah menarik perhatian ramai orang. Dalam kenyataan tersebut, Zaihani bertindak menyelar orang yang memiliki berat badan melebihi 60kg hadir ke acara pertunjukan fesyen.

Artikel berkaitan : Setuju Dengan Pendapat Zaihani, Lihat Cadangan ‘Win’ Harith Iskander Selepas Itu..

Selain Harith Iskander, Nurul Hidayah Zahid turut terpanggil untuk memberi komen mengenai isu ini. Menurut Nurul, meskipun tidak mengenali Zaihani secara peribadi beliau percaya Zaihani tidaklah seteruk yang digambarkan.

Semua manusia ada khilaf – Nurul Zahid

Assalammualaikum. Kak Zai @zaihanimzain . I am sorry for u to be in this mess. Buat pengetahuan semua, sy tidaklah mengenali Kak Zai secara peribadi. Kak Zai seorang yg agak ‘laser’ n seorang yg berterus terang. Mungkin Kak Zai tidak bermaksud utk melukakan hati kita2 yg berat melebihi 60kg ni. Kak Zai, sy pernah berat 100kg, berpakaian XXL sy dah merasa. Hinggalah pernah kurus 58kg baju XS pun sy dah merasa. Dipendekkan cerita Kak Zai, for me bentuk badan tidak menjadi ukuran. Yang penting kita minat, tahu dan suka berfesyen. Sy pasti Kak Zai faham n tahu akan naluri itu. Sy yakin Kak Zai tidak seteruk yg mereka gambarkan kerana sy masih menghormati Kak Zai bila mana beliau adalah seorang hamba Allah yg menjaga solatnya. Beg tangan Kak Zai yg melebihi saiz Kak Zai yg kecil molek itu didalamnya sentiasa ada telekung. Kak Zai cukup jaga waktu solatnya. Sy pernah terlibat secara tidak langung dengan fesyen suatu masa dahulu ketika aktif memperkenalkan fesyen turban. Masuk waktu Kak Zai akan bergegas cari surau. Dipendekkan cerita, semua manusia ada khilaf. Mungkin niat Kak Zai utk menegur satu orang itu dan yg lain terasa. Sy pernah berada dalam situasi Kak Zai. Kita ikhlas menegur tetapi bukan semua yg boleh menerima teguran. Apa pun, Kak Zai .. sama2 kita ambil ini sebagai pengajaran dan iktibar. I know u are a nice person. Untuk yg sentap (60kg ke atas), kita ambil sebagai satu teguran yg positif. Siapa yg tak nak kuruskan? Dan siapa pulak yg nak jadi tua kerepot yg dikecam? “Beauty is in the eye of the beholder”

‘Stop body shaming’

Sumber : Nurul Zahid

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×