Semalam viral di media sosial apabila Da’i Nik Ahmad Farhan Nik Mohamad secara terbuka mengumumkan perkahwinan keduanya dengan seorang ibu tunggal. Isu tersebut menarik perhatian ramai netizen sehingga ada pihak mendakwa isteri pertamanya tidak meredhai perkahwinan tersebut .
Malah pelbagai komen memenuhi ruangan kisah ini dengan pelbagai andaian mengenai perkahwinan kedua ini. Namun apa yang mengejutkan apabila seorang perunding kewangan mendakwa Da’i Farhan kahwin dalam keadaan isteri pertamanya sarat mengandung. Betul ke?
Dendam tak ambil pinjaman peribadi?
Astaghfirullah, mungkin kerana dendam saya tak izin isteri ambil ASB Financing CIMB dgn dia, tak izin isteri beli rumah dengan dia, tak boleh melihat isteri saya terima hakikat hidup bermadu menyebabkan dia meroyan dengan viralkan perkara fitnah yang telah berlalu. Moga gambar wassup isteri saya dengan dia pd 1 Nov yang lalu menjawab segala fitnah yang dia viralkan.
Saham dosa manusia
Teman-teman sekalian ingatlah, manusia yang hebat mulia adalah manusia yang nyawanya telah terhenti, tetapi pahala untuknya tak pernah terhenti, tetapi manusia yang MALANG & HINA adalah manusia yang nyawanya telah terhenti, tetapi saham DOSA untuknya tak pernah terhenti. Itulah bahaya fitnah, penyebar dan penyokong nya.
Maafkan daku ya Allah, insan yang hina lagi kerdil ini..ampuni dosa hambaMu ini.. #padamukubersujud
#ujianpenghapusdosa
#sabarituindah
Fitnah sebab dendam?
Salam, Fatin minta maaf, Fatin rasa bersalah sangat. Fatin banyak buka aib Farhan menyebabkan Fatin turut percaya. Harap tolong betulkan pandagan pada Farhan.
Jangan fikir negatif. Fatin rasa besarnya dosa fitnah pada Farhan. Mogo Allah maafkan kita semua.
Tidak tahan menerima kecaman orang ramai, Da’i Farhan telah memuat naik satu perbualan WhatsApp antara isteri pertamanya itu dengan perunding kewangan tersebut.
Menurutnya, masalah ini berlaku selepas die tidak mengizinkan isterinya untuk membeli rumah dengan perunding kewangan dan ini kemungkinan menjadi punca pegawai kewangan itu cuba memburukkan perkahwinan keduannya.
Respon orang ramai
Sumber : Dai Farhan