berita

‘Ramai Kata Artis Malaysia Ni Kaya, Tak Kaya Bro. Buat-Buat Kaya Saja’ – Sharnaaz Ahmad

March 29th, 2020 | by Arini Saleh
Isu & Kontroversi

Baru-baru ini, ada segelintir selebriti meluahkan pendapat mengenai nasib artis yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Menurut mereka, golongan artis juga memerlukan bantuan khusus daripada kerajaan. Walau bagaimanapun, kenyataan tersebut mendapat kecaman hebat daripada netizen kerana golongan artis dilihat hidup mewah.

Sharnaaz Ahmad turut meluahkan pandangan mengenai isu yang menjadi bualan ramai ini. Sharnaaz Ahmad berkata dalam keadaan genting seperti ini netizen haruslah positif dan tidak keterlaluan mengecam.

Jangan keterlaluan mengecam

 

View this post on Instagram

 

Dari Menteri Pulau Gazambo

A post shared by Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad ™ (@sharnaazahmad) on

Pertama sekali, Sharnaaz Ahmad mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri kerana telah memperuntukkan bantuan secara sama rata dan adil kepada semua golongan masyarakat. Menurutnya lagi, dalam keadaan sekarang ini kerajaan telah memastikan semua nasib terbela.

Hangpa paham takat tu sudah, tak payah nak cerita, tak payah nak gaduh pasal artis banyak duit ka apa ka. Mau relax sat artis pun manusia biasa. Makan pun nasi, berak pun ta**. Tak ada berak emas. Glamour je lebih.

Ya aku faham, ada yang cakap artis ni hidup mewah tayang apa semua. Tak semua macam tu. Hangpa faham dak? Tak semua macam tu. Ada yang jenis humble, kaya macam mana pun tak cerita.

Jadi, orang ramai tidak perlulah membicarakan mengenai kehidupan artis yang hidup mewah. Katanya, golongan artis hanyalah manusia biasa dan tidak dinafikan ada segelintir yang mewah namun realitinya tidak semua begitu.

Apa-apa pun kita ada banyak masa ni, jangan duk menekan sangat. Jadi netizen yang membina itu sahaja. Apa artis duk ada cakap tu ada betulnya. Hangpa kena faham. Dia cakap mungkin hangpa semua salah faham. Salah fahamnya, dia bukan cerita pasal dia. Dia mampu lagi. Tapi dia cerita pasal krew dan veteran. Hangpa kena fahamla.

Kalau kaya macam mana pun, bukit tinggi macam mana pun, kalau hari-hari duk tarah rata bro. Flat.

Artis Malaysia tak kaya, buat-buat kaya ja

Apa-apapun, Sharnaaz berharap dalam keadaan genting ini, jadilah netizen yang membina. Sebagai artis pula, mereka perlulah berjimat cermat kerana kita sendiri tidak tahu apa yang akan berlaku di masa hadapan.

Semua susah sekarang ni bro. Semua orang stress. Tapi apa yang kita kena buat? Sama-sama kita tenang, lebihkan sembahyang. Kalau ada lebih, tak kiralah hang artis ka orang biasa ka. Kalau ada lebih hulur, kalau tak ada berpada-pada sudahlah.

Apa yang kerajaan dah bagi, B40 tu kami. Ada kelonggaran kami terima, syukur terima kasih. Ramai kata artis Malaysia ni kaya, tak kaya bro. Buat kaya saja. Kereta punya banyak, bank punya. Rumah punya banyak, bank punya. Sembang saja lebih.

Sama-sama kita bantu, hadapi dugaan Allah bagi ni kita bagi selesai. InsyaAllah jika kita berganding bahu, sama-sama kita boleh hadap benda ni.

Toksah gaduh-gaduh. Netizen jangan hentam artis, artis tak payah hentam. Kami pun manusia, kalau kami ada cakap tersilap mungkin kami bergurau. Kami pun stres tak dapat kerja.

Yang penting kita sebagai rakyat Malaysia hendaklah bekerjasama dan saling bantu membantu.

Sumber : Sharnaaz Ahmad

The following two tabs change content below.