berita

‘Mungkin Sudah Tiba Masanya..’ – Daiyan Trisha Doa Dipertemukan Jodoh, Peminat Harap Dapat Lelaki Baik

April 14th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Umum tahu, penyanyi dan pelakon Daiyan Trisha kini sedang mengerjakan ibadah umrah bersama keluarganya.

Artikel Berkaitan: ‘Suka Tengok Daiyan Trisha Pakai Macam Ni’- Netizen Persoal Kenapa Naim Daniel Senyum Tersipu Malu?

Pertemukan jodoh yang terbaik

Menerusi hantaran di Instagram (IG), Daiyan, 29, berkongsi momen melawat Jabal Rahmah dan katanya dia mengambil kesempatan menitipkan doa dipertemukan jodoh.

Daiyan atau nama sebenarnya Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin berkata berkemungkinan sudah sampai waktu yang tepat dia bertemu dengan pasangan hidup.

Jabal Rahmah merupakan lokasi pertemuan di mana Nabi Adam dan Siti Hawa bersatu pertama kali di bumi selepas dipisahkan beratus tahun di syurga.

Jadi mengikut apa yang ramai katakan, jika berdoa meminta jodoh, di sinilah tempatnya. Jadi, jangan persoalkan jika saya melakukan perkara sama.

Ya Allah ya Tuhanku, semoga Kau pertemukan jodoh yang terbaik buat diriku. Mungkin sudah tiba masanya, aminkan cepat.

Peminat sama-sama doa

Menjengah di ruangan komen, rata-rata rakan artis dan warganet mendoakan agar pelantun lagu Penat dipertemukan dengan calon suami yang mampu menjaga sebaik mungkin.

@belleelish: Semoga Daiyan ditemukan jodoh yang tak menyakitkan hati.

@daiyanfairy: Kepada bakal suami, tolong jaga Daiyan baik-baik. Kitorang sayang Daiyan sangat. Kami tak akan sakiti dia. Tapi kalau awak buat, siap lah.

@haqitaliyana: Semoga dipermudahkan jodoh buat Daiyan dan dipertemukan dengan jodoh yang baik.

@adoredaiyan: Tolong jaga Daiyan baik-baik. Sayang dia dengan sepenuh hati.

Malah, ada juga segelintir peminat lelaki yang menawarkan diri sendiri untuk menjadi bakal imam pelakon Projek: Anchor SPM.

Sumber: Instagram @daiyantrisha

SKIP THIS AD ×